Genap 10 Tahun Bersama, Fedtri Yahya Dedah Isteri Pernah Gugur 4 Kali – “Pantas Masa Berlalu…”

Share

Hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya hari ini menitipkan dedikasi buat isteri tercinta, Nurul Anati Ismail bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.

Sambil menyifatkan masa berlalu begitu pantas, Fedtri turut mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali sepanjang melayari bahtera rumah tangga.

“Salam Jumaat. Alhamdulillah, today is our 10th anniversary. Pantas waktu berlalu, sudah satu dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri dan 

empat orang cahaya mata.

“Empat kali bertarung nyawa melahirkan. Empat kali juga pernah keguguran. Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran,” tulisnya.

Fedtri yang memberikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram turut berterima kasih atas doa yang dipanjatkan buat mereka seisi keluarga.

“Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami. Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah,” tulisnya lagi.

Sebagai informasi, Fedtri dan Anati mendirikan rumah tangga pada Mei 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firas Mevlana.


Foto : Instagram Ahmad Fedtri Yahya

IKLAN