Tidak dinafikan, Pencarian Dewi Remaja yang sudah pun sebati di dalam hati gadis remaja negara ini menjadi sebagai antara langkah mula kerjaya si gadis yang mahu ceburi dunia glamor.
Malah, legasi ulung Dewi Remaja yang dibawa sejak edisi pertamanya lebih 30 tahun lalu diketahui sebagai platform terbaik buat si gadis dalam merealisasikan cita-cita.
Menarik, Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru kini diteruskan. Dibawakan oleh Majalah Remaja, Pencarian Dewi Remaja kali ini difahamkan telah menetapkan beberapa tarikh buat mereka yang mahu menghadiri uji bakat.
Nah, kami senaraikan butirannya!
UJIBAKAT DEWI REMAJA 2019
• Tarikh: 07, 08, 14 & 15 September
Ads
• Lokasi : Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
• Masa : 9am – 4pm (kaunter ditutup) .
Syarat Penyertaan :
• Perempuan & bujang
Ads
• 18 – 24 tahun
• Warganegara Malaysia.
• Personaliti menarik.
• Wajib 1 naskah majalah REMAJA edisi Julai-September 2019.
Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis akikah anak perempuannya, Sumayyah yang dilahirkan Mac lalu.
Mencecah usia lima bukan kini, permata hati kedua Puteri Sarah sama suami, Syamsul Yusof itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu dengan si ibu sepanjang majlis berlangsung pada Ahad.
Bagaimanapun apa yang menariknya menerusi majlis akikah anjuran Puteri Sarah kali ini, ia hanya dikhaskan untuk tetamu wanita sahaja.
Lari dari kebiasaan, Sarah menerusi kapsyen turut menjelaskan mengenai tindakannya itu.
“Sumayyah’s akikah semalam ❤️ TQ to those yang datang meriahkan ! TQ so much to my MIL & FIL @dpatimah012 @dyhaslam organizekan majlis akikah Sumayyah.
“Kalini akikah kita buat lain sikit hihihihi. Akikah untuk wanita sahaja,” tulisnya.
Malah, di bahagian komen pula ada peminat yang bertanya mengenai di manakah kelibat si suami dan ini reaksi yang diberikan Sarah;
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji majlis akikah yang dianjurkan dan rata-ratanya juga terpegun dengan kecomelan si kecil.
Sedikit informasi, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof diijabkabulkam pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac lalu.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa hari lalu, pelakon dan model Bella Dally menjadi perhatian netizen di laman media sosial.
Ini kerana bekas isteri kepada pelakon Nazim Othman itu ada berkongsi kit ujian kehamilan yang menunjukan keputusan positif menerusi rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Rentetan perkongsian tersebut, kehamilan Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally menjadi tanda tanya peminat.
Menerusi entri terkini Bella pula, dia memaklumkan bahawa dia sebenarnya telah melancarkan produk kosmetik jenama dirinya sendiri.
“Bismillahirrahmanirrahim, The day is finally here! This IS my New Baby, Lip Cream by @olumiscosmetics_hq.
“Sebenarnya dah lama nak buat my very own cosmetic brand dan akhirnya tahun ini menjadi kenyataan.
“4 natural colors that you can simply apply daily whether it’s for work, catching up with friends or even for a date night! Thank you so much for your endless support #OlumisbyBellaDally,” tulisnya.
Lalu, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana merasakan hampir terperdaya dengan perkongsian pelakon berusia 27 tahun itu.
Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim pada 10 September 2016. Bagaimanapun, Bella dan Nazim telah sah bercerai dengan talak satu pada 17 Mei 2018.
Selepas itu, bintang berusia 27 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.
Bagaimanpun, menerusi perkongsian ujian kehamilan itu, Bella sendiri tidak ada memaklumkan mengenai dirinya sama ada hamil atau sebaliknya.
Video : Instagram Bella Dally
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.