Ads

Gemilang 20 Tahun Rizman Ruzaini! Lancar Dua Koleksi, Satu Jiwa… Angkat Warisan & Kemodenan Untuk Raya 2026

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20, jenama fesyen Rizman Ruzaini memperkenalkan koleksi Hari Raya 2026 menerusi satu pertunjukan yang berlangsung di Maison Rizman Ruzaini, Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara tersebut menghimpunkan kira-kira 100 pelanggan paling dihargai, rakan selebriti serta wakil media, sekali gus menawarkan pratonton eksklusif kepada dua koleksi yang mencerminkan semangat dwi-jiwa jenama iaitu ‘couture’ dan siap pakai (ready to wear), penceritaan dan kemodenan, tradisi dan pembaharuan.

Berbeza daripada pertunjukan peragaan konvensional, persembahan ini dirangka sebagai satu pengenalan dan refleksi menerusi kesinambungan kisah 20 tahun jenama ini ditubuhkan, dibentuk oleh ketukangan dan kebanggaan budaya, yang menjadi teras kepada jenama ini.

Gemilang 20 Tahun Rizman Ruzaini! Lancar Dua Koleksi, Satu Jiwa… Angkat Warisan & Kemodenan Untuk Raya 2026

Hikayat Ratna, Naratif Couture Berakar Warisan

Inti kepada persembahan ini ialah The Hikayat of Ratna, sebuah koleksi couture yang merangkumi 20 rekaan, diilhamkan sebagai sebuah hikayat asli yang ditulis oleh pengasas bersama, Ruzaini Jamil.

Ads

Berakar daripada tradisi naratif sastera Melayu klasik, koleksi ini memperkenalkan sebuah cerita rakyat yang dibayangkan semula iaitu dengan menggabungkan warisan Melayu dengan pengaruh Arab, dibentuk oleh perjalanan, simbolisme spiritual dan sejarah yang dikongsi bersama.

Motif fasa bulan, gerhana, bintang, flora dan elemen maritim tampil berulang dalam koleksi ini, dizahirkan melalui sulaman halus, manik tambour dan tekstur tenunan yang bercahaya.

Material juga memainkan peranan naratif yang penting. Chiffon, voile dan georgette menghasilkan kelembutan dan pergerakan, manakala lapisan renda di bawah sutera melambangkan kekuatan di sebalik kehalusan.

Ads

The Hikayat of Ratna ditawarkan pada harga antara RM4,800 hingga RM22,000.

Walaupun dipersembahkan sebagai pengenalan, koleksi ini telah habis terjual, dengan pelanggan setia menempah rekaan mereka seawal Disember tahun lalu, menjadj satu bukti kepercayaan berterusan terhadap ketukangan couture Rizman Ruzaini.

Gemilang 20 Tahun Rizman Ruzaini! Lancar Dua Koleksi, Satu Jiwa… Angkat Warisan & Kemodenan Untuk Raya 2026

Ads

Lancar Rebirth Vol.3

Melengkapi naratif couture ini ialah Rebirth Vol.3: Raya pula, sebuah koleksi siap pakai yang menampilkan 24 rekaan dan mentafsir semula busana perayaan melalui lensa kontemporari yang versatil.

Koleksi ini menggabungkan siluet klasik seperti kebaya besar, kurung Kedah, kurung Pahang dan kurung longgar dengan proporsi moden, potongan lembut serta perincian yang teliti.

Koleksi ini ditawarkan pada harga antara RM500 hingga RM850, dan akan mula dijual sepanjang bulan Ramadhan di butik RR by Rizman Ruzaini di Suria KLCC dan Shangri-La Kuala Lumpur, serta dalam talian.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kita Juga Nak Ada Kehidupan Seperti Orang Lain,” – Macam Ada...

Kerap kali diajukan soalan mengenai soal zuriat, pelakon dan penyanyi Amira Othman memohon orang ramai untuk memberikannya ruang dan privasi berkaitan hal kehidupan peribadinya. Menurut...
error: Hello. Cannot.