Seperti yang kita semua tahu baru-baru ini Aaron Aziz bersama Farid Kamil telah menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Menerusi perkongsian aktor kacak itu di Instagram, dia menganggap gelaran tersebut merupakan satu penghargaan terbesar buatnya

“Menjunjung Kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG atas kurniaan DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA-PERINGKAT KEDUA DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP) pada Patik Satu penghargaan yang sangat Patik hargai…Ampun TUANKU.” tulisnya dilaman tersebut.

Aaron yang menerima anugerah tersebut di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang begitu segak sekali berbaju Melayu hitam dan bertanjak.

IKLAN

Gelaran Datuk Satu Penghargaan Besar – Aaron Aziz

Rata-rata peminat dan pengikut IG mengucapkan tahniah kepadanya. Malah, ada yang mendoakan Aaron dan keluarga dimurahkan rezeki.

Gelaran Datuk Satu Penghargaan Besar – Aaron Aziz

IKLAN

Sementara itu, Farid Kamil yang turut turut dikurniakan dan dianugerahkan dengan gelaran yang sama juga berkongsi rasa gembira dan kesyukuran mereka di Instagram miliknya.

‘Pinang basah tiada bersabut,
Basah rumbia berhari tenggelam;
Terkenang kisah Ayahanda menyebut,
Kisah nostalgia memori silam.”

IKLAN

Apapun, MH ucapkan tahniah sekali lagi diucapkan buat kedua-dua pelakon berkenaan di atas penganugerahan yang diterima!

Gelaran Datuk Satu Penghargaan Besar – Aaron Aziz

Gelaran Datuk Satu Penghargaan Besar – Aaron Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI