Ads

Gelandangan Viral Hazama?

Baru-baru ini tular dimedia sosial menunjukan seorang gelandangan membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Difahamkan video tersebut dirakamkan sekitar Bukit Bintang ketika gelandangan itu sedang menghiburkan orang ramai di kaki lima.

Video tersebut mula hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu apabila dimuat naik menerusi laman Facebook.

Video berdurasi selama 16 minit itu merakamkan lelaki berkenaan sedang menyanyi dan menyampaikan beberapa buah lagu antaranya What’s Up nyanyian 4 Non Blondes dan Tiara nyanyian asal kumpulan Kris.

Perkongsian video tersebut setakat ini telah menerima jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta dan mendapat lebih lebih 52,000 perkongsian.

Ads

Dalam pada itu , netizen juga telah mensyaki gelandangan itu adalah penyanyi Hazama kerana suara merdunya dikatakan persis vokal pelantun lagu Di Amaran Mama itu.

Ada juga memberikan pendapat bahawa Hazama mungkin sedang menjalankan satu misi untuk program tertentu.

Terdahulu, Sharul Shiro juga pernah menjadi gelandangan untuk sebuah misi.

Ads

BACA JUGA > http://www.mediahiburan.my/shahrol-shiro-dikasari-ketika-menyamar-jadi-gelandangan/

Namun, Hazama bagaimanapun masih belum memberikan jawapan mengenai perkara ini.

Ads

Gelandangan Viral Hazama?

Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi daripada peminat di laman Facebook yang begitu pasti gelandangan itu adalah Hazama dan ada meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

Jika benar Hazama yang menyamar, penyamarannya itu sangat berjaya. Namun jika bukan dan orang tersebut benar-benar gelandangan maka bakatnya adalah sangat hebat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nama Yang Sama Muncul Dalam Bentuk Fizikal,” – Kebetulan 10 Tahun...

Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...
error: Hello. Cannot.