Select Page

Menerusi video yang telah tular di media sosial Facebook , Shahrol Shiro yang sedang berehat di kawasan berhampiran Dataran Merdeka bersama seorang krew MaxMan TV, telah dihalau dua lelaki tersebut.

Lebih malang lagi, apabila pelawak tersebut ditolak sehingga terjatuh oleh pemuda-pemuda itu yang mendakwa mereka ‘menjaga’ kawasan tersebut.

Dua lelaki berbaju hitam itu turut berlagak seperti polis serta memeriksa tubuh Shahrol dan krew MaxMan TV.

Kejadian tersebut berlaku ketika Shahrol sedang menjalani penggambaran untuk salah sebuah episod program sosial eksperimen yang disiarkan di platform Astro Gempak dengan kerjasama MaxManTV bertajuk, Undercover Selebriti.

Tambah Shahrol lagi, dia tidak menyangka golongan gelandangan dilayan dengan teruk oleh sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

 

“Pengalaman selama tiga hari sebagai gelandangan sudah cukup membuka mata dan minda saya.Kotaraya Kuala Lumpur mengajar tentang erti kesyukuran dengan apa yang kita ada sekarang.

 

“Banyak mata yang aku lihat sepanjang sosial experiment ini, ada yang memandang angkuh, ada yang kesian,” tulisnya di Facebook

 

Shahrol juga menasihati supaya masyarakat ringankan tangan untuk menghulurkan sedikit sumbangan, seperti seorang wanita yang memberinya nasi secara percuma apabila dia mengadu lapar dan tidak makan selama beberapa hari.

Sepanjang tiga hari menjalani penggambaran eksperimen sosial Undercover Selebriti, Shahrol bersama krew MaxMan TV merasai sendiri realiti hidup sebagai gelandangan.

Shahrol juga telah berkongsi video eksperimen sosial tersebut di akaun Facebooknya.

Tidak sampai sehari video tersebut dikongsi di laman Facebook MaxMan TV, ia telah ditonton lebih 2 juta kali dengan 20 ribu perkongsian.Kini sebanyak 3.1 juta 39 ribu reaksi dari netizen dan 2 ribu komen.

Rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan dua pemuda yang tidak berhati perut itu dan berpendapat sosial eksperimen yang dibawakan menerusi Undercover Selebriti berjaya membuka mata masyarakat tentang keperitan dilalui golongan gelandangan di negara ini.

 

Sumber : Fb maxman.tv

 

Baca Ini Juga

Tinggalkan Komen

error: