Gelagat Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Tular Hingga Ke Indonesia, Ini Video Comel Adik Issabelle Yang Lain

Share

Satu potongan video pendek yang merakamkan aksi spontan kanak-kanak yang lengkap berpakaian uniform sekolah rendah sedang menari ikut rentak lagu ‘Mengantuknya Mumia’ mulai tular di media sosial.

Aksi comel kanak-kanak berkenaan yang menari di tapak perhimpunan pantas menjadi sensasi di internet apabila video berdurasi kurang 20 saat yang dimuat naik di Twitter beberapa hari lalu menerusi akaun Faxriena sehingga kini sudah pun hampir mencecah 2.6 juta kali tontonan.

Atas perhatian yang diraih, kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Issabelle telah dihubungi Geng Pagi Hot, hari ini selain melakukan sesi video call bersama tiga hosnya, Shuib, Fizi dan Shuk.

Malah reaksi Issabelle ketika mendengar suaranya sendiri dari corong radio turut menarik perhatian ramai.

Sedia tahu mengenai video tariannya itu kini viral selepas diberitahu si ibu, kanak-kanak berkenaan turut gembira dengan perkara itu.

Rupanya memang gemar menari, jom ikuti beberapa siri video pendek tariannya, sebagaimana yang dimuat naik menerusi Instagram Issabelle yang kini sudah pun mempunyai lebih 117,000 pengikut.

Sementara itu menerusi Insta Stories, ibunya ada dimaklumkan mengenai video terbabit juga turut mendapat perhatian serupa di Indonesia.

Foto: Instagram Issabelle

IKLAN