Astro dengan penuh rasa penghargaan berbesar hati meraikan para penyokong yang juga peminat setia program realiti hiburan nombor satu, Gegar Vaganza, yang kini memasuki musim ke-11 penganjurannya.
Sebagai tanda terima kasih, majlis makan malam meriah telah diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu, khusus untuk peminat yang digelar ‘Vaganzers.’
Majlis tersebut memberi peluang kepada para Vaganzers untuk saling bertemu sambil menikmati persembahan eksklusif daripada peserta GV11 seperti Arrora Salwa, The Lima, Fairuz Selamat, Illa Sabry dan Ning Baizura dalam suasana yang lebih mesra.
Pengalaman Yang ‘Best’
Penyanyi Arrora Salwa ketika ditemui menyifatkan sokongan yang ditunjukkan oleh kelab peminatnya ketika ini disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa, lebih-lebih lagi setelah sekian lama dia menyepi dalam radar hiburan.
“Sebenarnya, setiap minggu adalah minggu yang ‘best’ buat saya. Saya tidak pernah ada kumpulan penyokong seperti ini. Ini adalah pengalaman pertama dan mereka sangat padu dalam memberikan sokongan.
“Sejak pertama kali terlibat dengan GV, mereka berkumpul ramai-ramai dan hantar bunga dan kek kepada saya. Mereka juga beri turut kata-kata semangat yang memberikan kekuatan untuk kita bersaing saban minggu.
“Itu yang buat saya sangat tersentuh dengan kelab peminat Arrora Salwa ini. Saya tak boleh cakap banyak. Nanti saya menangis sebab terharu,” katanya kepada MH.
Terharu Sokongan Tak Putus-Putus
Ads
Sementara itu, penyanyi Fairuz Selamat pula akui terharu dengan pengorbanan yang ditunjukkan ahli kelab peminat setiap kali dirinya berada di pentas GV11 sebelum ini.
“Saya rasa mereka lagi banyak berhabis berbanding keluarga sendiri sepanjang saya bersaing di GV11. Kebanyakan yang menyokong saya pula ialah golongan wanita dan ada di antara mereka juga sudah berkahwin.
“Saya pun tak pasti bagaimana pasangan masing-masing terbuka untuk memberikan sokongan kepada saya setiap malam Ahad. Malah ada yang sanggup berhabis masa buat saya yang bukan sesiapa ini.
“Itu yang buat saya ralat bila tersingkir, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan penghargaan yang tidak putus-putus diberikan mereka kepada saya” katanya.
Isi Masa Dengan Fans Sampai 4 Pagi
Dalam pada itu, Ning Baizura tidak kisah untuk meluangkan masa bersama Vaganzers sejurus konsert tamat sebagai tanda dedikasi atas sokongan yang tidak berbelah-bahagi.
“Setiap kali habis persembahan, saya pasti akan luangkan masa untuk berinteraksi bersama peminat di media sosial sehingga jam 4 pagi. Hari esoknya selepas konsert, saya akan mula berlatih tugasan baharu macam biasa.
Ads
“Begitu juga dengan para peserta lain, masing-masing ada cara tersendiri untuk tunjukkan rasa terima kasih itu kepada peminat yang setia menyokong.
“Cuma itu cara saya. Apa pun, saya memang suka berinteraksi dengan peminat malah sejak dulu lagi.
“Bila menyertai GV11 ini, saya juga kini ada kelompok peminat baharu yang sanggup tunggu saya selepas konsert. Malah ada di antara mereka juga dapat mengeratkan silaturahim.
“Semangat mereka sangat luar biasa. Sanggup masak, cetak banting dan buat baju. Semua ini memerlukan duit, masa dan tenaga. Gegaran di GV11 ini memang lain macam,” katanya.
Terdahulu, sesi makan malam yang bermula sekitar jam 8.00 malam itu turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik selain persembahan barisan alumni GV seperti Shila Amzah, Naqiu, Lan Solo, Amelina dan Noryn Aziz.
Ads
Ahad ini, finalis akhir bakal dicabar dengan tiga tugasan iaitu persembahan secara solo, duet dan ‘battle’.
Paling dinantikan ialah pusingan duet apabila mereka bakal bergandingan dengan barisan bintang popular dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Berikut senarai lagu bersama pasangan duet masing-masing di Final GV11 ;
1. Dadali Dyrga berduet dengan Datuk Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
2. Liza Aziz berduet dengan Krisdayanti – Cinta
3. Shiela Abdul berduet dengan Taufik Batisah – Aku Bersahaja
4. Ning Baizura berduet dengan Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
5. The Lima berduet dengan Dolla – Bye Bye Bye
6. Zehra Zambri berduet dengan Jaclyn Victor – Beribu Sesalan
Jangan lupa saksikan pentas akhir GV11, bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Youtuber, Bidin Al Zaifa teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah, Pierre Andre di dalam filem seram terbaharu berjudul Dajal.
Menggalas watak utama, Bidin akui dia turut berpuas hati dengan kualiti lakonannya selepas banyak menimba ilmu dan tunjuk ajar bersama Pierre.
“Satu pengalaman menyeronokkan dan mencabar. Bila masuk ke set dan bekerja dengan pengarah yang ada pengalaman 20 tahun dalam industri, dia tidak mengarah tetapi mengajar.
“Ketika di lokasi juga, saya ingatkan apa yang saya ‘deliver’ itu hanyalah 75 peratus hingga 80 peratus sahaja tetapi bila saya tonton hasil akhir filem ini, saya sangat berpuas hati.
“Rasa bangga dengan diri sendiri dan hasil akhir filem ini. Ia adalah kerjasama berpasukan,” katanya kepada MH.
Pemilik saluran Youtube Waknat TV itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Bidin mendedahkan dia turut berdepan pengalaman seram sewaktu menjalani penggambaran naskhah berkenaan.
“Saya sebenarnya sudah persiapkan mental untuk situasi seperti ini. Saya seakan diganggu ketika di rumah penginapan kami di Bukit Fraser. Saya dan Amir Nafis diberikan bilik berasingan.
“Ketika itu, Amir sudah pulang ke Kuala Lumpur dan saya masih jalani penggambaran. Bila penggambaran selesai jam 5 pagi, saya pulang ke bilik dan mandi sebelum tidur.
“Kemudian, saya terdengar bunyi orang mandi di bilik sebelah padahal Amir sudah balik. Bila saya tak layan, dia main pintu pula. Saya pasang earphone dan terus main game sampai tidur.
Ditanya mengenai perbezaan menjalani penggambaran Youtube dan filem, Bidin memaklumkan dirinya terbuka untuk menghormati kehendak pengarah.
“Kalau di Youtube, itu cerita saya. Yang ini adalah cerita Pierre. Dia yang menelefon saya untuk berlakon. Takkan di set saya nak langgar dia pula. Kita mesti kena hormat pengarah,” akhirinya.
Terdahulu, filem Dajal yang diarahkan oleh Pierre Andre ini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Februari.
Selain Bidin, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Amir Nafis, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan Hanna Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat memohon maaf kerana terlepas pandang mempromosikan produk berasaskan nikotin di platform media sosial miliknya, baru-baru ini.
Menurut Siti, dia mengakui kesilapannya itu kerana tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum mempromosikan produk tersebut.
“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG feed saya sebelum ini.
“Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya
mengenai produk tersebut,” tulisnya.
Permohonan maaf itu dikongsikan oleh penyanyi lagu, Jerat Percintaan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, dia mengambil maklum segala teguran yang diberikan dan sudah pun memadam posting tersebut dari platform media sosialnya.
“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.
“Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kash sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin dipercayai merupakan perniagaan dijalankan oleh anak tirinya iaitu Aazief Khalid.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia yang menegur tindakan penyanyi berkenaan.
Menurut pengendali akaun berkenaan, Siti sebagai seorang personaliti berpengaruh boleh memberikan kesan besar terhadap masyarakat.
Hasil pemerhatian MH di platform media sosial, rata-rata netizen memuji sikap Siti yang terbuka menerima teguran dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada aktres Siti Saleha yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Joshua Fitton pada Sabtu.
Serba Putih
Sedondon mengenakan persalinan dalam rona putih, momen indah Siti Saleha dan suaminya yang juga pereka fesyen itu dikongsikan pendadan rambut, Yusof Ruzaimi di Instagram.
Majlis raja sehari itu dilangsungkan di Enderong Resort, Janda Baik, Pahang itu diraikan penuh meriah oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Terdahulu Siti Saleha mengakui sedang menjalin cinta dengan seorang jejaka berdarah kacukan yang dikenali sebagai Joshua Fitton.
Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...