“Gedik La Dia Ni,” – Video Tiup Lilin Pun Netizen Jadi Kecoh…Alahai Yusuf!

Share

Kedua-dua beranak ini gelak sakan melihat video di paparan skrin Hairul Azreen. Yusuf Iskandar dilihat meniru aksi meniup lilin dan terus ketawa besar melihat gelagat sendiri yang dirakam.

Pelakon Paskal ini menerusi kapsyen di Instagram menulis “suka pulak dia tgok video dia sendiri, video apa?? pergi tengok dekat ig @theyusufiskandar.”

Strategi bijak mempromosi akaun Instagram anaknya yang kini sudah mencecah 2.6 juta pengikut, perasaan ingin tahu netizen diterjemahkan dengan jumlah tontonan yang mencecah lebih 600,000 tontonan dalam masa hanya beberapa jam.

Video menunjukkan Yusuf meniup lilin di aplikasi pintar yang merubah wajahnya menjadi ‘hantu’ comel dan seterusnya muncul kucing hitam menghiasi skrin. Lucu banget.

Terhibur dengan si cilik ini, kata netizen mereka turut berjangkit ketawa melihat keletahnya yang mencuit hati.

Foto – Instagram Hairul Azreen & Yusuf Iskandar

IKLAN