“Gayut Tiap Hari,”- Ini Respon Niena Azman Bila Ramai DM Fizikal Rendah Si Suami, Rody Kristal

Share

Kata orang,jika si isteri lebih tinggi dari suami, pastinya murah rezeki. 

Begitulah yang dialami pasangan Niena Azman dan suaminya Rody Kristal. 

Niena yang juga penjaga gol futsal kebangsaan baru-baru ini ada memuat naik foto bersama Rody di Instagram.

“Bila dpt suami rendah ? klu la @adithya_jabbar tggi esok.. boleh la jd menara KLCC bile amek gambar ???

“ Apa pun percaya ketentuan Allah jodoh kte tu sentiasa melengkapi.. ada jugak DM mcm ne nk handle klu patner rendah.. senang je suruh diorg gayut tiap2 hari ??? ok! gurau je ? 

“Insyallah xde kemalangan jiwa, just kte kene terima diorg bkn sb fizikal tp sb keperibadian mereka ❤ spread more love, pasti diorg nmpk cute dgn kependekkan diorg,” tulisnya. 

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap fizikal pasangan itu.

Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada  27 April tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung Adithya Jabbar, 3 bulan. 

Foto: IG Niena 

IKLAN