Penyanyi Aina Abdul tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak termasuk peminatnya susulan penampilannya dalam sebuah majlis, baru-baru ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjelaskan stail hijab yang didakwa menyerupai rahib itu merupakan idea daripada dirinya sendiri dan pasukan pengurusannya yang berinspirasikan koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semalam itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Aina dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan Aina di PC ANWAA 2.0 (A Night With Aina Abdul) baru-baru ini.
Ads
“Namun Aina mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi Aina ingin memohon maaf,” tulisnya.
Aina pada masa sama bagaimabapun akui akan lebih berhati-hati dalam berfesyen.
Ads
“Aina akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” tulisnya lagi.
Pada Khamis lalu, penampilan Aina pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik sesetengah netizen apabila ia dikatakan menyerupai biarawati gereja atau rahib.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pencipta lagu, Faizal Tahir mendedahkan sahabat baiknya yang juga merupakan penyanyi, Yasin Sulaiman merupakan antara individu yang paling banyak mengubah hidupnya ke arah yang lebih balik.
Menurut Faizal, dia dan Yasin sebenarnya merupakan bekas jiran di kondominium yang sama dan mereka juga sudah merancang untuk bertemu beberapa hari sebelum penyanyi tersebut ditahan.
“Saya cuba berhubung tapi tak dapat kerana telefonnya tiada bersamanya. Saya cuba hubungi peguamnya pula, mungkin mereka juga sibuk. Pada waktu seperti ini kawan-kawan memang perlukan sokongan.
“Kalau nak cerita mengenai betul atau salah, saya tak layak. Apa yang boleh saya katakan, Yasin merupakan seorang kawan atau manusia yang paling banyak mengubah hidup saya.
“Sebenarnya saya merancang untuk bertemu dengan dia beberapa hari sebelum insiden tersebut berlaku. Kemudian, dapat pula berita mengenai kes melibatkan dirinya.
“Apa yang saya cakap ini bukan kerana bias, kalau saya boleh senarai orang-orang yang mengubah hidup saya menjadi lebih baik, Yasin mungkin di top 3,” katanya kepada MH.
Faizal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru hasil kolaborasi bersama penganyi, Amira Othman menerusi lagu berjudul, Alah Bisa yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.
Penyanyi lagu Sampai Syurga ini turut menambah, Yasin sememangnya memiliki keperibadian yang sangat baik dan banyak memberi impak yang mendalam buat kehidupannya.
“Saya banyak belajar mengenai kehidupan dan hal agama dengan dia. Pergi ke rumahnya saya akan belajar dan fahami maksud Al-Quran. Dia banyak memberi pengertian hidup buat saya.
“Bila jadi macam ni, saya pun sedih. Saya cakap secara jujur, demi Allah Yasin merupakan antara manusia paling baik saya pernah jumpa. Dia sangat suka memberi.
“Orang kalau jumpa dia buat pertama kali pun, mesti akan puji betapa baiknya dia. Hati dia bersih, tak pernah buruk sangka dan selalu tolong orang.
“Kalau orang kata Faizal dah lain sekarang, antara nama yang saya akan sebut adalah disebabkan Yasin,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Faizal juga turut memaklumkan dia merupakan antara individu bertanggungjawab yang menjaga Yasin ketika dia mengalami simptom bipolar pada tahun 2013.
“Saya pernah menjaga dia sewaktu dia mengalami bipolar sekitar tahun 2013. Dia tanpa segan silu berkongsi mengenai perkara tersebut.
“Nak kata susah untuk menjaga itu tidak tapi saya banyak berlajar perkara baru. Ia pengalaman berharga buat saya. Saya sangat sayang pada dia.
“Personalitinya akan berubah-ubah, jadi, saya kena banyak bersabar. Kalau tiba-tiba kena marah atau mood baik tiba-tiba bertukar, itu biasa. Hampir tiga bulan juga saya menjaga dia,” ujarnya lagi.
Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila yang berusia 47 tahun itu didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi Kak KM atau nama Liana Rosli menyuarakan pendapat mengenai selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.
Lalu, warganet memberikan reaksi pelbagai termasuk selebriti Elly Mazlein yang turut berkongsikan pendapatnya.
Elly memaklumkan, ia adalah hak masing-masing untuk membuat pilihan.
“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
“Jgn pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content.
“Jgn sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Tindakan penyanyi Britney Spears berkongsikan 12 keping gambar bogel di laman Instagram menimbulkan keresahan di kalangan peminatnya.
Rata-rata peminat penyanyi lagu Opps I Did It Again itu mengakui risau dengan tahap kesihatan mental penyanyi berusia 41 tahun itu.
Dalam entri tersebut, Britney memuat naik foto bogelnya sambil kedua-dua belah tangan menutup payudara serta bahagian kemaluannya ditutup dengan emoji berbentuk hati.
“Ini gambar-gambar saya tempoh hari sebelum ada bayi dalam perut ini.
“Kenapa saya nampak macam 10 tahun lebih muda sewaktu bercuti?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Selepas perkongsian tersebut, peminat meminta Britney menurunkan semula foto terbabit kerana merasakan ia tidak sesuai dilakukan oleh penyanyi popular sepertinya.
“Menyedihkan, Britney memerlukan bantuan. Kecewa apabila melihat ada peminat yang memberikan galakan dan komen positif terhadap hantaran ini.
“Britney, awak masih boleh padam gambar ini.
“Tolong hentikannya (berkongsi gambar bogel). Fikir tentang anak-anak awak!
“Awak tahu anak remaja awak dan rakan-rakannya akan melihat posting ini kan?
“Oh tidak! Anda tak perlu buat begitu,” antara beberapa komen netizen.
Britney kini hamil anak ketiga yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan tunang, Sam Asghari.
Pasangan itu dijangka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.
Britney turut mempunyai dua anak lelaki Sean Preston, 17, dan James Jayden, 16, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Kevin Federline.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...