Perkongsian aktresRita Rudaini, mengenai gaya ulang kaji anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, menerusi laman Instagram telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik, Rayyan kelihatan sedang menghafal pelajaran dengan tekun.
Bagaimanapun beberapa ketika kemudian, dia dilihat tenang mengisi masa dengan bermain bersama kucing peliharaan.
“Oh macam-macam cara belajar. Dah macam bercakap sorang-sorang.
“Tak sampai 30 minit, dia pergi kacau kucing pula. Lepas tu, buku tu tinggal atas meja,” tulis Rita ringkas pada ruangan kapsyen.
Rutin belajar Rayyan yang kelihatan santai namun tersusun ini nyata mendapat pujian ramai.
Tidak hanya mendapat sokongan dan doa daripada wargenat, malah hantaran tersebut turut menggalakkan ibu bapa lain untuk berkongsi gaya pembelajaran anak-anakyang pelbagai dan unik.
“Alhamdulillah good luck Airit. Iman dikekal tenang, ibu yang risau. Adudu anak.”
Ads
“Ya Allah… sama lah yang bujang kat rumah ni. Dia hanya boleh ngadap 10 minit je buku. Lepas tu dia akan tiba-tiba rajin buat benda lain.”
“Masya-Allah bagusnya. Semoga berjaya, bahagia dengan mommy dunia dan akhirat.”
“Kami doakan Rayyan dan Arjuna berjaya dunia dan akhirat, amin.”
“Moga Rayyan & Rita sekeluarga sentiasa dalam dakapan rahmat Allah dunia akhirat.”
Antara ratusan komen yang ditinggalkan, satu komen daripada kaunselor terkenal, Coach Azizul, turut mendapat perhatian.
Menurut Coach Azizul, kaedah ulang kaji yang diamalkanRayyan sebenarnya bertepatan dengan satu teknik psikologi pembelajaran yang terbukti berkesan.
“Konsep yang anak puan belajar adalah Teknik Jeda yang diperkenalkan oleh Prof Dr Marthy Lobdel. Untuk belajar berjam-jam, pelajar hendaklah berhenti 5 minit selepas 30 minit belajar untuk rehat seketika bagi recharge otak yang telah digunakan.
Ads
“Rehat sekejap digunakan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, selepas itu sambung semula study dan seterusnya berhenti lagi selepas 30 minit. Kaedah ini amat berkesan dalam proses pembelajaran kendiri anak-anak,” jelasnya.
Teknik tersebutbukan saja membantu meningkatkan fokus, malah memberi ruang kepada pelajar untuk mengurangkan tekanan semasa belajar, menjadikan proses ulang kaji lebih berkesan dalam jangka masa panjang.
Anak Cemerlang Akademik & Kokurikulum
Untuk rekod, Rayyan merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam program Ulul Albab dan pernah beberapa kali menerima Anugerah Kecemerlangan.
Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, Rayyan juga menyerlah dalam bidang sukan apabila berjaya memecahkan beberapa rekod dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam sebelum ini.
Sehingga kini, perkongsian Rita telah menerima hampir 23,000 tanda suka dan disusuli dengan beratus komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Anak yang hebat! Tak hairanlah sekiranya kecemerlangan akademik & sahsiah dua ‘hero’ pelakon Rita Rudaini sering menjadi sorotan warganet. Rupanya begini cara belajar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15. Ramai yang memuji dan tak kurang ibu bapa yang turut berkongsi pengalaman melihat pengorbanan anak dalam mengulang kaji pelajaran. Moga misi kecemerlangan anak-anak muda kita terus dipermudah, amin! #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya bila berbicara soal jodoh.
Menurut Hawa, dia tidak pernah meletakkan sasaran bilakah dia akan menamatkan zaman bujang kerana percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik.
“Saya tidak pernah meletakkan sasaran. Saya tak nak memaksa atau meletakkan diri dalam tekanan.
“Kalau masanya sudah tiba dan berjumpa orang yang sesuai untuk berkahwin, kita teruskan sahaja,” katanya kepada MH.
Pengacara program MeleTOP itu berkata sedemikian ketika ditemui di Konsert MeleTOP TVS, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia kini belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dibawa bertemu dengan kedua orang tuanya.
“Saya belum jumpa seseorang yang sesuai untuk dibawa berjumpa dan kenalkan dengan ibu ayah. Kini hanya mahu berkawan sahaja.
Kata ayah, saya perlu cari pasangan yang boleh dijadikan seperti kawan baik. Alhamdulillah, ibu bapa saya sudah berkahwin hampir 39 tahun. Saya mahu perkahwinan seperti itu,” ujarnya.
Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Hawa memaklumkan dia agak senang jika bakal pasangan aktif bersukan sama sepertinya.
“Saya ini aktif bersukan. Rasa seronok juga kalau jumpa pasangan yang suka berlari, menyelam, mendaki dan berbasikal bersama-sama.
“Yang penting boleh terima saya seadanya dan saya pun begitu juga. Comel itu bonus,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Hawa turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan dia mempunyai karakter yang garang sehingga ramai lelaki takut untuk mendekatinya.
“Sejak akhir-akhir ini, ramai yang kata lelaki seakan takut nak dekati saya. Kenapa nak takut pula? Saya tak garang. Mungkin kesibukkan saya juga jadi faktor perhubungan itu tidak dapat diteruskan.
“Saya pun tak reti nak balas mesej cepat. Kalau soal kerja, saya memang fokus. Balik kerja, dah penat lalu tidur,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SAH Entertainment mengumumkan tiket untuk konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream yang bakal berlangsung pada 12 Julai 2025 depan telah habis dijual dalam tempoh kurang daripada empat jam selepas dibuka.
Perkembangan ini membuktikan sokongan luar biasa yang diterima oleh band popular tersebut daripada peminat mereka di seluruh negara.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu pastinya menjadi antara acara muzik yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini.
Dengan kapasiti yang terhad dan peminat yang sentiasa setia, kejayaan penjualan tiket dalam masa singkat ini merupakan pencapaian besar buat penganjur dan artis terlibat.
Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menzahirkan rasa terharu serta penghargaan kepada semua penyokong Insomniacks yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap perjalanan seni kumpulan itu.
“SAH Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Insomniacks kerana telah membuatkan tiket konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream habis dijual dalam durasi kurang daripada 4 jam!” katanya.
Dengan kejayaan ini, pihaknya turut memberi jaminan, akan memberikan produksi terbaik bagi memastikan konsert tersebut menjadi pengalaman tidak terlupakan buat semua yang hadir.
Terdahulu, Insomniacks yang dianggotai seramai tiga orang ahli iaitu Syed Mir Iqbal atau Iqie selaku penyanyi utama, Wan Arif Iskandar (pemain bes), dan Danial Lee Hashim (pemain gitar) teruja apabila bakal membuat persembahan menerusi konsert solo pertama mereka di pentas besar.
Malah bagi Sufi lagi, konsert ini bakal menjadi satu sejarah besar buat Insomniacks.
“Ini akan menjadi satu detik bersejarah buat Insomniacks sendiri kerana ia adalah konsert solo pertama mereka.
“Untuk jualan tiket, kami sepakat menawarkan harga mampu milik supaya peminat Insomniacks dapat bersama-sama mencipta detik bersejarah tersebut dan ia paling murah pernah dijual di Zepp KL selepas sekian lama,” katanya lagi.
Insomniacks mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan permulaan band ini bermula dengan sering memuat naik video ‘cover’ lagu-lagu popular di YouTube mereka.
Terus mencipta kejayaan tersendiri, kumpulan ini juga pernah menerima pengiktirafan meluas menerusi empat buah lagu yang berjaya menembusi Top 10 RIM (Recording Industry Malaysia) Domestic Chart iaitu melalui lagu Pulang, Sempurna, Reminisensi dan Igauan Malam.
Insomniacks juga merupakan artis Malaysia kelima paling banyak distrim di aplikasi Spotify pada 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ian Fang dijatuhi hukuman penjara selama 40 bulan selepas mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan kesalahan seksual terhadap seorang gadis bawah umur.
Ian, atau nama penuhnya, Fang Wei Jie, 35, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan penembusan seksual terhadap mangsa berusia 15 tahun ketika kejadian pada tahun 2024.
Mahkamah turut mengambil kira tiga pertuduhan serupa serta satu pertuduhan menghalang keadilan dan satu pertuduhan menghendap dalam proses menjatuhkan hukuman.
Perintah larangan identiti terhadap tertuduh yang sebelum ini berkuat kuasa telah ditarik balik selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Lynda Lee, memohon agar ia dibatalkan.
Mangsa dalam kenyataan impaknya menyatakan bahawa beliau kini lebih stabil dari segi emosi dan bersedia menghadapi sebarang risiko berkaitan identitinya. Namun begitu, identiti mangsa kekal dilindungi di bawah perintah larangan mahkamah.
Peguam bela tertuduh, Noelle Teoh membantah penarikan balik perintah larangan tersebut atas alasan ia boleh mendedahkan identiti mangsa. Beliau memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 30 individu mengenali kedua-dua pihak secara sosial.
Hakim Daerah Eddy Tham dalam keputusannya menegaskan bahawa mahkamah perlu mengimbangi antara keperluan melindungi mangsa dan prinsip keadilan terbuka.
Beliau turut mengambil kira kehendak mangsa serta keluarganya dan mengeluarkan perintah larangan baharu yang tidak lagi meliputi nama tertuduh.
Ian pernah berkhidmat sebagai pelakon sepenuh masa di bawah syarikat penyiaran terkenal Singapura, Mediacorp selama 12 tahun sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 2023.
Berlakon puluhan drama dan menjadi hos pelbagai rancangan hiburan, Ian turut tampil menerusi beberapa filem seperti Imperfect, Meeting The Giant dan Good Bye Mr. Looser. Bahkan beliau pernah menang pelbagai anugerah di Star Awards.
Sedikit info mengenai Ian, dilahirkan di Shanghai, China, beliau menerima pendidikan di Singapura serta merupakan pemastautin tetap negara itu sejak 2015.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...