Sejak keluar dari rancangan Running Man, Kang Gary agak berahsia dengan kehidupan peribadinya kan?

Namun seperti yang semua tahu, baru-baru ini Gary ada berkongsi gambar dan berita gembira kini sudah bergelar bapa.

Baru-baru ini Gary telah berkongsi sekali lagi gambar anaknya selepas muat naik gambar tapak kaki bayi tersebut.

Walaupun foto tersebut diambil dari sudut belakang, ia cukup membuatkan peminatnya gembira.

Gary Tetap Berahsia Hal Peribadi, Padam Gambar Bersama Anak

Foto tersebut menunjukkan Gary yang berdiri sedang menggendong sambil mengusap wajah anak kesayangannya.

IKLAN

Gary juga memuat naik foto tersebut menerusi ruangan ‘profile picture’ di akaun Instagram rasminya @halyang_kanggary beberapa hari lalu.

Gary Tetap Berahsia Hal Peribadi, Padam Gambar Bersama Anak

Bagaimanapun Gary atau nama sebenarnya Kang Hee telah memadamkan kembali kesemua foto di akaun Instagramnya.

IKLAN

Tindakan Gary itu sekaligus menimbulkan tanda tanya buat peminatnya.

MH pun tak faham, berahsia betul Gary ni kan. Namun, terdapat Instagram yang dibuat khas buat Gary oleh peminatnya dan telah memuat naik gambar tersebut sekali lagi.

Rata-rata berharap agar penyanyi rap tersebut dapat mendedahkan wajah penuh anaknya untuk tontonan peminat.

IKLAN

Gary Tetap Berahsia Hal Peribadi, Padam Gambar Bersama Anak

Terdahulu, Gary telah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa pada 5 April lalu dan tiada sebarang majlis.

Pada 17 November, Gary dikurniakan seorang cahaya mata namun tidak diketahui jantina.

Gary Tetap Berahsia Hal Peribadi, Padam Gambar Bersama Anak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI