Gara-Gara Salah Cacah Tatu, Ariana Grande Ditawar Lebih 1 Juta USD Hanya Untuk…

Share

Bagi mempromosikan lagu single terbaru Ariana Grande berjudul 7 rings, Ariana telah cacah tatu baru bagi perkataan 7 rings dalam bahasa jepun. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu By My Side itu telah memuat naik gambar tatu tersebut di Instagram miliknya. 

Lantas, peminat mendapati tatu tersebut membawa maksud salah iaitu ‘Japanese style BBQ grill’.

  

Setelah itu Ariana telah membuang gambar tersebut dari akaun Instagram miliknya. 

Menurut sumber TMZ, Ariana telah cuba memperbaiki tatu tersebut dan rupanya masih salah kerana perkataan tatu tersebut bermakna ‘Japanese BBQ finger’ setelah ia dibaiki. 

Jadinya, Ariana telah mendapat satu tawaran dari sebuah syarikat pembuangan tatu, Laser Away yang mahir dalam bidang pembuangan tatu. 

Laser Away telah menawarkan rawatan pembuangan tatu yang mencecah lebih 1 Juta USD kepada Ariana dan sekaligus mahu menjadikan Ariana sebagai jurucakap untuk syarikat tersebut selama 1 tahun.

Sehingga kini, tiada lagi kepastian dan jawapan dari pihak Ariana Grande mengenai perkara ini. 

Sumber: Twitter TMZ

 

IKLAN