[GAMBAR]”The Man Of My Dreams Who Makes Me Happy Everyday,” – Datin Maria Farida & Suami Rai Ulang Tahun Perkahwinan Di Jepun, Kongsi Foto Menarik!

Share

Pelakon dan usahawan, Datin Maria Farida kini sedang menikmati percutian di Osaka, Jepun bersama suaminya, Datuk Rahman Syakur bersempena meraikan ulang tahun pekahwinan mereka yang ke-3.

Kongsinya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat merasai detik ini bersama lelaki yang telah menjadi impiannya selama ini.

Perkara itu telah dimaklumkan Maria menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Celebrating our 3rd year Wedding Anniversary in Osaka Japan! With the man of my dreams who makes me blissfully happy everyday since we got married.

“If I had to do it all over again, I would still choose you over and over again my love… I love you sooo much Sayang! 3 wonderful years and forever to go,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Maria meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat rumah tangga mereka.

Setelah sekian lama bergelar ibu tunggal, Maria telah berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur pada tanggal 26 November 2015.

Foto: Instagram Maria Farida

IKLAN