Sempena sambutan ulang tahunnya pertama, ZAYAN, iaitu sebuah jenama stesen radio yang menjadi destinasi gaya hidup Muslim moden menerusi #IndahDiHati, telah pun berkongsi pencapaian yang telah diraih mereka.

Sukses dalam tempoh setahun bersiaran, perencanaan stesen radio ini juga secara tidak langsung mencerminkan strategi semasa ZAYAN sendiri untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup pelbagai platform di Malaysia.

Nak tahu trivia best mengenai ZAYAN sepanjang setahun? Jom check it out!

Pemacu utama di sebalik ZAYAN telah disumbangkan oleh seleksi kandungan berinformasi dan kisah-kisah yang mempunyai nilai pengajaran mendalam seperti Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme dari Zarina Zainuddin yang setakat ini mengumpul tontontan mencecah 3 juta, Kisah Penghijrahan Damian Mikail (jumlah tontonan mencecah 1.1 juta), dan Kisah Inspirasi – Catriona Ross (jumlah tontonan mencecah 1.1 juta).

Ini sekali gus merakamkan jumlah tontonan di media sosial Facebook ZAYAN sebanyak 27 juta bagi tontonan video.

Malah, ZAYAN turut meraih angka sekitar 7 juta bagi tontonan video berdurasi pendek. Hebat kan?

IKLAN

Selain itu, kekukuhan ZAYAN di dalam talian dapat dilihat melalui kemenangannya di The Spark Awards for Media Excellence 2018 Southeast Asia yang telah berlangsung pada Ogos 2018 lalu. ZAYAN membawa pulang anugerah bagi kategori Aplikasi/Laman Sesawang/Portal Terbaik (Silver Award) dan kategori Tawaran Penambahbaikan Terbaik (Bronze Award) untuk tawaran aplikasi peranti mudah alih ZAYAN.

ZAYAN turut membawakan segmen on-air yang cukup popular seperti ‘Mawi Jawi bersama Salam Bros’ dan ‘Tanya Abang Jay’, sehinggakan ia menarik perbualan hangat di kalangan warga media sosial. Segmen-segmen ini kemudiannya menginspirasikan kempen-kempen besar ZAYAN seperti video eksperimen sosial Mawi Jawi (jumlah tontonan video mencecah 24,700) dan juga ZAYAN C.U.D.I.P.T (jumlah kehadiran mencecah lebih 1,000 penuntut dan orang ramai yang hadir) di KUIS dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mana acara ‘Tanya Abang Jay’ meraih sambutan hebat dari kalangan penuntut-penuntut yang hadir pada acara tersebut.

[GAMBAR] ZAYAN Bukan Sekadar Stesen Radio, Ini 10 Trivia Sukses Sepanjang Setahun Beroperasi!

Pada masa sama, sokongan padu dari peminat-peminat jenama ZAYAN yang mencecah lebih 830,000 di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter secara mingguan.

IKLAN

Sambutan ulangtahun #setahunZAYAN beberapa hari lalu telah diadakan di Café Nu-In di Bandar Baru Bangi bersama anak-anak yatim serta rakan-rakan selebriti ZAYAN. Majlis ulangtahunnya juga telah ditaja oleh Kumpulan Megaklinik Zahran.

Untuk rekod, ZAYAN adalah jenama radio yang mengetengahkan kandungan kontemporari dan terkini tentang fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup berlandaskan kehidupan komuniti Muslim moden sambil berpegang teguh pada kepercayaan iman sejati.

[GAMBAR] ZAYAN Bukan Sekadar Stesen Radio, Ini 10 Trivia Sukses Sepanjang Setahun Beroperasi!

Setakat ini, jenama radio ZAYAN telah mencapai 830,000 pengikut di media sosial secara mingguan, dengan jumlah tontonan sebanyak 16.8 juta sejak dilancarkan pada Oktober 2017.

IKLAN

Nak tahu lebih lagi? layari saja https://zayan.my/ atau ikuti ZAYAN di laman media sosial.

[GAMBAR] ZAYAN Bukan Sekadar Stesen Radio, Ini 10 Trivia Sukses Sepanjang Setahun Beroperasi!

Nah, ini dia sedutan sekitar kemeriahan sambutan #setahunZAYAN menerusi FB Live MH.

Hai guys, ketika ini MH berada di Nu-In Cafe, Bandar Baru Bangi untuk meraikan ulang tahun Radio Zayan yang pertama.

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 2 October 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI