Uncategorized

[GAMBAR] Wow! Selepas Bercerai, Mimi Fly Kini Akrab Dengan Jurulatih Boxing

Share

“Hidup perlu diteruskan”, itu antara kata-kata semangat buat anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi Fly setelah bergelar solo pada Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram penyanyi itu, penyanyi lagu Superfly ini ada memuat naik sekeping foto bersama jurulatih boxing yang dikenali sebagai MD Muhanad.

Gambar tersebut disertakan emoji berbentuk hati apabila mereka berswafoto bersama.

Lalu, netizen telah memberi komen yang pelbagai seterusnya ‘mengusik’ kedua-dua mereka.

Pada masa sama, Muhanad yang juga merupakan jurulatih boxing sering berkongsi aktiviti hariannya di Instagram.

Untuk rekod, Mimi mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Firdaus pada Mei 2015 sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada Disember 2017.

Foto : IG Mimi Fly, MD Muhanad.

IKLAN