[GAMBAR] Wow! Salih Yaacob Rai Hari Jadi Bersama 3 Isteri, Hingga Ada Yang Minta Diturunkan Ilmu Cari Jodoh!

Share

Penyampai radio Sinar yang juga pelawak senior, Salih Yaacob telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 57, semalam.

Menariknya, foto yang dikongsi akaun Instagram stesen radio Sinar, majlis ulang tahun itu tambah berseri apabila ia turut diraikan tiga orang isterinya!

Lalu, foto tersebut mendapat perhatian yang rata-ratanya kagum dengan keharmonian rumah tangga selebriti berkenaan.

Pada masa sama selain diberikan dedikasi ucapan hari jadi, ada juga peminat secara bergurau minta diturunkan ilmu mencari jodoh.

Foto: Instagram Sinar.my

IKLAN