[GAMBAR] Wow! Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Selepas Bertemu Malam Tadi

Share

Super model terkenal dunia, Bella Hadid telah pun mengikuti Neelofa di Instagram, awal malam tadi.

Sebelum ini, kedua-duanya bertemu di dalam sebuah majlis eksklusif yang diadakan di ibu kota untuk sebuah jenama jam tangan.

Selain Neelofa, turut sama berpeluang untuk mengisi masa bersama adik kepada model, Gigi Hadid itu ialah Scha Alyahya dan beberapa jemputan kenamaan lain.

Pertemuan di antara Neelofa dan Bella turut diperkatakan ramai, apatah lagi apabila aksi antara model terlaris dunia tahun ini itu mencuba hidangan nasi lemak kini  juga mulai viral di media sosial.

Malah, difahamkan Neelofa merupakan satu-satunya selebriti tempatan yang diikuti Bella di Instagram sejurus pertemuan keduanya. Hebat bukan?

IKLAN