[GAMBAR] “Wanita Melayu Terakhir”- Elfira Loy Lebih Manis Pakai Tudung Bawal Berbanding Turban, Tetap On Point!

Share

Fesyen pelakon Elfira Loy sangat sinonim dengan gaya versatil dan sentiasa up-to-date walaupun bergelar wanita Muslimah yang berhijab.

Sinonim dengan penggayaan shawl dan turban yang seiring dengan arus fesyen semasa, pelakon berusia 24 tahun itu juga tidak pernah kalah gaya dalam menggayakan fesyen.

Terbaru, Elfira berkongsi sekeping foto yang melihatkan dia tampil memakai tudung bawal bewarna coklat terang.

Meski tampil dengan gaya sederhana beserta pin berbentuk riben, namun Elfira tetap kelihatan anggun dan manis.

Lalu, netizen meninggalkan komen yang pelbagai dan memuji kejelitaan pelakon filem Rentap itu.

Tak kisah apa jua jenis fesyen yang digayakan Elfira, dia tetap nampak cantik dan on point, tak gitu?

Foto : Instagram Elfira Loy

IKLAN