Sejak khabar gembira tentang lahirnya anak Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam, ramai yang mula teruja dan tidak sabar melihat bagaimana rupa anaknya.

Namun seperti apa yang kami kongsikan sebelum ini, suami kepada penyanyi Biarlah Rahsia, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah berkongsi nama sementara anak mereka iaitu Fatimah Az-Zahara.

Simple Tapi Sedap, Fatimah Az-Zahra, Nama Sementara Anak Tok Ti!

Perkongsian ini telah membuatkan ramai netizen teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah anaknya.

Oleh itu adalah beberapa pihak berkongsi gambar kononnya Siti sedang mendungkung anaknya…

[GAMBAR] Wajah Anak Tok Ti Tersebar Di Group Whatsapp?

IKLAN

Namun MH difahamkan sebenarnya gambar yang disebarkan di media sosialterutamanya ruangan komen ini bukanlah anak Siti, sebaliknya merupakan gambar lama Siti bersama cucu kesayangannya iaitu Arif.

Namun lewat malam tadi kami ada menerima satu mesej daripada pengikut setia MH bertanyakan mungkinkah gambar bayi yang dikongsikan ini merupakan anak kepada penyanyi merdu Siti Nurhaliza?

[GAMBAR] Wajah Anak Tok Ti Tersebar Di Group Whatsapp?

Malah katanya, jika di lihat baju yang memegang itu sama juga dengan baju yang dipakai oleh salah seorang yang datang melawat Siti.

IKLAN

Katanya, gambar ini telah tersebar luas di group-group whatsapp dan menjadi perbualan hangat di group-group yang wujud.

Walaubagaimanapun MH ada terbaca sebuah kapsyen daripada pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak yang meminta untuk memberi ruang kepada Siti untuk fokus kepada bayinya yang baru lahir itu dan memberi sedikit privasi kepada pasangan ini.

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Tidak terhenti di situ, Rozi juga ada memuat naik sebuah posting meminta maaf kerana tidak dapat menjawab segala pertanyaan kerana menghormati hak, privasi dan kepercayaan Siti dan Datuk K.

Hmmm, aduh kasihan pengurus Siti, MH faham bukan mudah apabila satu Malaysia teruja melihat bayi kesayangan ramai ini.

Malah, demi menjaga hak, privasi dan kepercayaan Rozi terpaksa tutup mulut tidak mengiakan mahupun menidakkan tentang gambar yang tersebar luas itu.

Apapun MH harap semua dapat bersabar dan sama-sama nantikan update rasmi daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI