[GAMBAR] Ustazah Fatma El-Zahraa Antara Yang Hadir Ke Majlis Tahnik Anak Ammar Alfian, Suap Manisan

Share

Pelakon Ammar Alfian dan isteri, Nelissa Nezam telah selamat mengadakan majlis tahnik untuk bayinya, Kyro Shakur malam tadi.

Malah, penceramah bebas, Datuk Dr Ustazah Fatma El-Zahraa Mohd Ramadan turut sama memberikan manisan ke dalam mulut Kyro.

Perkara itu dikongsikan Nelissa menerusi Insta Storiesnya.

Selain itu, Kyro kini sudah pun memiliki lebih 6,000 pengikut di Instagram miliknya.

Terdahulu, Nelissa dan Ammar yang juga pelakon filem Paskal mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. 

Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki, Kyro Shakur yang dilahirkan pada 31 Julai lalu.

Foto : Instagram Nelissa Nezam/Kyro Shakur

IKLAN