Menepati janjinya, Nabil Ahmad merakamkan rasa syukur dan gembira kerana hasratnya untuk menghantar tiga peminat bertuah untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah sempena menyambut Ramadan dapat ditunaikan sudah dipermudahkan. Malah momen tersebut turut dirakam peminat dan keluarga individu bertuah terbabit.
Tiga peminat bertuah itu terdiri daripada, Zaharah Teh, 69, Zaime Abu Yamin, 47, dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27, berlepas ke Tanah Suci pada Sabtu lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dijangka pulang ke tanah air pada 23 Mei depan.
[GAMBAR] Tunai Janji Untuk Kongsi Rezeki, Nabil Ahmad Hantar Tiga Individu Bertuah Kerjakan Umrah
Sementara itu, hos MeleTOP di samping Neelofa itu memberitahu MH, dia sudah lama berhasrat menghantar peminat kurang berkemampuan menjejak kaki seterusnya menunaikan umrah di Tanah Suci.
[GAMBAR] Tunai Janji Untuk Kongsi Rezeki, Nabil Ahmad Hantar Tiga Individu Bertuah Kerjakan Umrah
“Pada awalnya, saya ditaja seorang hamba Allah ketika pertama kali menunaikan umrah. Setiap kali saya mengerjakan umrah itulah juga, saya menyimpan hasrat untuk menaja orang lain yang kurang berkemampuan pula.
“Cuma buat masa sekarang, hanya mampu menaja tiga peminat dulu, mana tahu saya mungkin menaja lebih ramai lagi pada masa akan datang, insyaAllah,” katanya menyimpan impian.
[GAMBAR] Tunai Janji Untuk Kongsi Rezeki, Nabil Ahmad Hantar Tiga Individu Bertuah Kerjakan Umrah
Bagaimanapun, Nabil menolak apa yang yang dilakukan ini adalah untuk menunjuk atau bersikap riak. Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah ikhlas untuk
membantu mereka yang begitu teringin mahu menjejak kaki ke Tanah Suci. Katanya juga, ia juga antara caranya dalam berkongsi rezeki setelah sedekad terlibat dalam seni.
“Kalau ikutkan, ada hamba Allah yang mahu menaja, tetapi menarik diri pada saat akhir. Jadi, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas janji sebelum ini.
“Tidak mengapalah, saya anggap ini adalah saham akhirat. Saya keluarkan duit simpanan untuk menaja bayaran selebihnya untuk tiga peminat ini,” katanya yang menggunakan khidmat syarikat, Skymatt Travel & Service Sdn Bhd.
Kongsi Nabil, mereka hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM3,000 dan selebihnya ditanggung bintang asal Negeri Sembilan itu.
[GAMBAR] Tunai Janji Untuk Kongsi Rezeki, Nabil Ahmad Hantar Tiga Individu Bertuah Kerjakan Umrah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI