Uncategorized

[GAMBAR] Tular Lelaki Ini Bertunang Dengan Wanita Rendah Paras Dada

Share

Tular di media sosial apabila seorang lelaki di kenali sebagai Zakwan, telah bertunang dengan wanita bernama Adilah Nazreen.

Kalau dilihat dari mata kasar, ia mungkin dianggap suatu yang normal sahaja. Bagaimanapun, kisah pasangan ini mulai ‘memancing mata’ ramai atas faktor masing-masing memiliki ketinggian yang sangat berbeza!

Difahamkan, Zakwan memiliki ketinggian 188cm, manakala Adillah pula berketinggian 144cm. Mereka telah selamat mengadakan majlis pertunangan di kediaman Adillah di Jitra, Kedah pada Jumaat lalu.

Bertemakan warna coklat lembut, pasangan ini tampak comel dan berseri ketika mengadakan sesi photoshoot.

Gambar tersebut telah dihujani ucapan tahniah dari netizen dan menganggap bahawa ketinggian bukanlah menjadi ukuran dalam sesebuah percintaan.

Wah! Benarlah kata orang, cinta bukan di nilai dari segi paras rupa, sebaliknya ia terletak pada hati seseorang yang ikhlas dalam percintaan.

Apa-apa pun, MH doakan semoga kalian cepat-cepat naik pelamin ya!

Foto : IG Zakwan Azman, Adillah Nazreen

IKLAN