[GAMBAR] Tuah Wajah Persis Anak Patung, Instafamous bernama Scha Elinnea Ini Kini Bergelar Pelakon Pula. Cantiknya!

Share

Siapa sangka dahulunya dia hanyalah seorang gadis biasa yang terkenal melalui media sosial sebagai Instafamaous. Namun kini, rezekinya pula ke dunia lakonan.

Individu yang dimaksudkan ialah Scha Elinnea atau nama sebenarnya Natasha Mohamad Mubeen yang kini semakin dikenali apabila wajahnya sering menghiasi kaca televisyen.

Scha, 19 mula bergiat aktif dalam dunia lakonan menerusi drama Mr.Grey yang popular satu ketika dulu dengan hanya memegang watak sampingan sahaja. Drama tersebut turut dibarisi pelakon seperti Fendy Bakry dan Eyra Hazali.

Anak kelahiran Kedah ini juga mulai dikenali ramai apabila dia memegang watak sebagai Iyan menerusi drama trending satu ketika dulu iaitu Cik Reen & En. Ngok Ngek arahan Hadith Omar.

Memiliki hampir 300,000 pengikut di Instagram, Scha juga aktif membuat reviu produk kecantikan dan gemar swafoto serta OOTD.

 

Untuk rekod, Scha juga sering berkongsi solekan yang on point dengan membuat ‘makeup tutorial’ di lnstagramnya itu.

Foto: Instagram Scha Elinnea

IKLAN