Pelakon Iqram Dinzly telah memuat naik sekeping gambar separuh bogel di akaun Instagram miliknya beberapa jam lepas.
Bagaimanapun, foto tersebut telah mendapat reaksi pelbagai netizen gara-gara aksi swafotonya beraninya itu.
“Bangun je tidur tadi … terus teringatkan #birthday you . Happy Birthday @furqanhod yang padu lagi jitu . Semoga u bahagia selalu dengan kehidupan dimensi baru you .”
“I tak nyesal kenal you , sebab you Guru Pucuk Muda yang banyak #ilmu dan tinggi kesabaran dan keredhaan you .”
“Kirim salam kat Isteri You tu . I jealous sebab dia memiliki insan seperti you Dan you untong dapat isteri seperti itu Namun keiqlustan you tetap dijiwa i selalu . .” tulis Iqram.
Dalam pada itu, Iqram sempat menitipkan ucapan hari jadi buat pelakon Jue Aziz.
“Begitu jua buat sayangku sorang ni @jueaziz22_official yang semakin montok dan ayu sedang menjanda ni , suara serak serak basah pergh kasi adik layu jadi jitu , yang telah berlalu harijadi mu .”
“Maafkan i ya you , i ingat nak kita berdua check in dulu baru i wish kat you . huhu”
“Semoga kita sama sama kecapi kehidupan perjalanan penuh onak asmaradana ini dengan lebih suci dan menjadi sri kanda dan sri kandi berseri .Perkenankanlah Tuhan Illahi,” tulisnya.
Iqram yang pernah dilapor muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut bersuara mengenai hal tersebut.
“Aku perlukan RM369K dengan pajak rumah aku selama 5 tahun dulu . Dalam tempoh ni , aku tetap bayar bulan bulan sebagai aku menyewa dan sekiranya aku tak mampu bayar , silalah ambik selalu .”
“Aku perlukan upfront RM99k untok settle @LHDN yang bernilai RM77 k dan balance aku nak siapkan Gua Gua aku dulu . Baru boleh aku lancarkan perang #WARPPLALU369 setiap penjuru untok jadikan #bidadarisyurganyata dalam hidup ku . . If ada DM aku , baru aku #kongsirahsiadanrasa satu persatu ! Allahu !,”akhiri Iqram.
Lalu, rata-rata netizen telah memberikan komen terhadap gambar tersebut.
Foto : Instagram Iqram Dinzly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Sajat yang baru sahaja mengadakan majlis doa selamat bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada Khamis merancang untuk merealisasikan hasrat kedua orang tuanya untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.
Kata Sajat kepada MH, dia merancang untuk membawa ibu bapanya itu ke tanah suci selepas sambutan Aidilfitri nanti.
“Majlis doa selamat ini dilakukan beberapa hari lebih awal memandangkan sebelum ini pun kami sentiasa mengadakan majlis seumpamanya. Jadi secara kebetulan, saya teruskan majlis bersempena dengan ulang tahun kelahiran.
“Saya mengharapkan agar tahun ini akan lebih sukses dalam apa sahaja yang dilakukan, dimurahkan rezeki dan insyaAllah saya akan tunaikan hasrat ibu apa untuk tunai umrah selepas raya nanti. Doa-doakan agar semuanya dipermudahkan,” terang Sajat.
Ditanya apakah hasrat tersebut sudah pun disimpan sejak sekian lama, penyanyi lagu Bobo Di Mana ini menjelaskan, niat murni itu sebenarnya dipendam sejak beberapa tahun lalu, iaitu ketika awal penglibatannya dalam perniagaan.
“Memang sudah lama iaitu sejak saya menceburi dalam dunia perniagaan lagi. Bagaimanapun, tahun ini menjadi tahun terbaik memandangkan semuanya sudah pun stabil.
“Doakan agar niat saya buat mereka tercapai,” kongsi Sajat yang turut mahu mengembangkan perniagaan berasaskan dandanan rambut selepas ini.
Majlis doa selamat Sajat bersempena dengan hari jadinya tidak lama lagi
Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 21 February 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...