Pelakon, Fazura muat naik beberapa foto sekitar majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-35 di Instagramnya.
Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan Fattah mengenakan persalinan uniform ‘Captain America’ manakala Fazura pula tampil dengan gaya rambut baru.
“Captain of my life. #FazbulousBirthday #birthdaycelebrationwithtribe,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada peminat yang tidak mengenali Fazura pada awal dengan gaya rambut barunya itu.
Malah, ada yang menganggap Fattah memeluk wanita lain.
Namun begitu, ramai juga yang memuji kedua-dua pasangan sama cantik dan sama padan itu, mengatakan bahawa mereka sangat ‘sweet’ sekali.
Fazura yang menyambut hari lahirnya pada 27 September lalu mula mengenali suaminya, Fattah ketika berlakon bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Mereka kemudiannya mengadakan majlis pernikahan secara tertutup pada 27 November tahun lalu di sebuah hotel terkenal di ibu negara manakala majlis resepsi yang dibuat khas untuk peminat pada Mac lalu.
Foto/Instagram: Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI