[GAMBAR] “Tengok Anak Kahwin Pun, Mama Teringin Juga. Tapi…,” – Syukur, Enot Selamat Terima Menantu!

Share

Pelakon dan usahawan, Enot sudah pun selamat menerima menantu apabila anaknya, selamat mendirikan rumah tangga, minggu lalu. Malah bintang berkenaan turut memuat naik beberapa entri sekitar majlis pernikahan anaknya itu.

Sementara dua hari lalu, Enot ada menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya itu, sehari sebelum bergelar isteri.

“Assallamualaikum sehari je lagi aku dpt menantu!! .mcm x caya anak aku dah besor!! dulu ingat lg aku kehulu kehilir angkut diorg g shooting g niaga Almaklumlah single mother!! diorg x pernah aku tinggalkan..mane pg aku bwk..smpailah diorg besar aku msh ingat diorg bdk2 lagi!

“Kakak mama doakan kakak mnjadi seorg isteri yg solehah yg taat pada suami,dan yg x ingkar dgn perintah Allah.. hanya doa yg mampu mama beri..mama usaha untk berikan yg trbaik untk kakak.. smoga aku tabah esok hr takut aku bnjir sndiri plak nnt hahhahaha. xapa im cool mom!! hidup harus diteruskan!!,” kongsinya Enot.

Malah, Enot juga sempat bergurau membayangkan dirinya juga seperti mahu berkahwin lagi apabila melihat anak bakal bergelar raja sehari.

“Tgk anak kwin mama pun tringin jgk! ahakkk tp dah ada mnantu org pun x nak dah,dah x laku hahahahhaha have anyone want married me?hhahahhaha hare!! soalan aku nih!! hahahhahaha oklah saje jer mngubat hati yg libang libur nihh! ok wish me luck bsk! ehh mcm aku llak nak kawin hahahhaha bkn apa wish aku supaya aku x melalak besoklah!! aduhhh,” tulisnya panjang lebar.

Berikut merupakan beberapa foto sekitar yang dikongsikan Enot. Tahniah buat Enot sekeluarga dari MH.

IKLAN