Uncategorized

[GAMBAR] “Tak Lah Pandai Sangat,”- Wow! Abam Bocey Berani Mati Bongkar Keputusan SPM Sendiri, 13 Tahun Dulu!

Share

Detik bersejarah buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang esok (Selasa) pastinya tidak akan dilupakan.

Dalam kesempatan itu, pelawak Abam Bocey turut berkongsi keputuasan SPM-nya pada tahun 2005.

“Tengok SPM korg berapa…. Kita xdelah pandai sgt akademik ni…. Tp praktikal utk hidup ade lahhhhh….. Pelajar majoriti perempuan…. #pendosa#pendosadunia #misimengecil#gemokisawesome #keciluntukibadah#taksukabolehjalan #jangansibukhalorang#kitabaikramaisayang,” tulis Abam.

Foto tersebut melihatkan keputusan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan menduduki lapan mata pelajaran.

Antara mata pelajaran yang diduduki Abam adalah; Bahasa Melayu (6C), Bahasa Inggeris (7D), Pendidikan Islam (4B), Sejarah (6C), Matematik (7D), Pengurusan Makanan (5C), Fizik(8E) dan Kimia (8E).

Lalu, netizen telah meninggalkan pendapat masing-masing dalam ruangan komen gambar tersebut.

Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan untuk menjadi seorang yang berguna kelak. Apa-apa pun, semoga berjaya buat pelajar yang bakal menduduki SPM bermula esok!

Foto : Instagram Abam Bocey

IKLAN