Masih belum mampu mengubat kesedihan apabila bekas suami kembali ke rahmatullah, Rozita Ibrahim berkongsi luahan di laman Instagram.
“Walaupun kita dah bercerai, saya ingat kesusahan dia, Saya bantu dari segi kewangan, saya beri rumah ke tak sama. Sebab sifat saya adalah sifat suka melindungi. Tapi sebab kita kasihan dekat dia, mudahan ada orang yang lebih sayang dekat dia. Tapi rupanya….tak apalah.
“Allah bagi rezeki, takdir yang tak sama dekat semua manusia. Tapi saya mendoakan dia yang baik-baik sebab dia orang yang baik,” ulasnya sambil menangis.
Tiba-tiba, kamera tertuju kepada pergelangan baju Rozita.
“Baju koyak,” kata Odah sambil disambut dengan ketawa besar oleh usahawan produk ini dan mengatakan dia tidak sempat jahit.
Ulas pengusaha Sendayu Tinggi ini di ruangan kapsyen, jangan diratapi pemergian, sebaliknya berusaha agar pengakhiran hidup kita juga sebaik-baik arwah.
“Rasa nak lepuk dn peluk pun ada Si Odah ni.. Sempat ejek baju sy koyak sy nangis sibuk dirakamnya..” ehh betul juga.. Muka hodoh bengkak “.. suka2 je divideokannya ..halal lah odah !!
“Begitu juga sy harap pd yati pd syukri supaya menguatkan semangat bukan meratapi yg pergi dngn takdirnya yg baik itu sepatutnya menjadi kecemburuan pd kita supaya bersikap yg lebih baik (org nk hijrah diri susah tp sgt elok dlm agama)
“Kata2 Yati ilmu buat sy “Abah seorg yg baik budi, menjaga mulutnya daripada menyakiti org lain dan sentiasa menyebut perkara baik ttg org lain walaupun org lain menzaliminya..
“Kita tk kuat seperti arwah untuk menahan sabar.. betul kata sabda Rasulullah SAW “kekuatan manusia itu bukan pd garang dn tenaganya atau kuasanya.. tetapi betapa dia kuat untuk menahan sabarnya..”
“Sy sudah lihat bekas suami sy tersenyum selebar2nya disaat pemergiannya.. bagaimana nanti agaknya saat kematian sy mampukah sy dapat mengucap kalimah shahadah dan senyum.. Saat xterjangka takutnya menemui Alam Barzakh sgt mendekati usia sy skrg.”
Foto – Instagram Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengejutkan apabila sekumpulan remaja dipanah petir di Shah Alam yang mengakibatkan seorang maut dan tiga lagi cedera parah, baru-baru ini.
Prihatin akan kemalangan jiwa yang berlaku, Fizo Omar menerusi laman Instagram memberi peringatan agar berhati-hati menggunakan telefon bimbit ketika hujan lebat dan ribut petir.
“LANGIT TAK SELALUNYA CERAH
“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yg terlibat dengan panahan petir yg berlaku di Setia Alam petang semalam..
“Peringatan buat yg lain, berhati-hati dalam penggunaan telefon bimbit ketika hujan lebat terutamanya apabila berada di kawasan luar, kerana malang tidak berbau.. Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat mangsa kejadian,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kenyataan seorang produser popular berkenaan rupa paras lebih penting berbanding bakat nampaknya menerima reaksi pelbagai penggiat seni.
Pelakon berbakat, Que Haidar misalnya menerusi laman Instagram meluahkan ketidakpuasan hati kerana menganggap kata-kata itu seperti memalukan.
Ulasnya lagi, rupa paras tentu akan dimamah usia, namun bakat dan ilmu terus kekal sepanjang masa.
“Katanya.. ‘bakat boleh digilap, Rupa paras adalah perkara paling penting’…Mungkin dia lupa rupa paras akan di telan usia dan setiap hari ada muka baru yg akan muncul.. tetapi bakat serta ilmu yg akan terus kekal walau sudah ditelan usia.. got it?!”
Suami kepada Linda Jasmine itu turut menyoal kredibiliti ‘orang seni’ yang sepatutnya mendidik masyarakat menghargai bakat.
“It’s 2019, masih ada lagi ‘orang dalam industry’ yg berpemikiran sebegini sedangkan kita sepatutnya mengajar penonton/khalayak kita utk menghargai seni/bakat terlebih dahulu.. our RESPONSIBILITY towards masyarakat.. bukan sibuk buat duit saja.. memalukan.. Sila hadam,” luahnya lagi.
Netizen turut bersetuju dengan pandangan pelakon Bilut itu dan mengatakan zaman telah berubah. Penonton kini lebih bijak menghargai bakat berbanding rupa paras.
Foto – Instagram Que Haidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, PU Riz tampil berkongsi pandangannya mengenai isu menegur adik ipar, khususnya dalam hal berkaitan kewajipan agama seperti menutup aurat.