Tidak dinafikan, nama pelakon Syafiq Kyle kian menjadi sebutan ramai semenjak lakonannya menerusi drama rantaian, Mencintaimu Mr.Photographer mendapat sambutan hangat pencinta drama. Sejak itu, barisan drama lakonannya juga meletup seiring nama.

Ditanya mengenai situasi tersebut, bekas pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja ini tidak menafikan pada fasa sekarang, dia mulai merasakan bahang populariti. Bagaimanapun, ia bukanlah alasan buatnya untuk bersenang lenang.

[GAMBAR] Syafiq Kyle Buka Cerita Pernah Kena ‘Caras’, Dipermainkan…

“Bila ada yang cakap tahun in merupakan tahun Syafiq Kyle, syukur alhamdulillah. Cuma lagi orang sebut perkara itu, lagilah saya kena kerja kuat. Bukan goyang kaki dan menunggu peluang. Lagi kena buat banyak kerja dan usaha bagi mengekalkan momentum tersebut. 

 

“Sebab bagi saya, konsistensi itu lebih penting daripada populariti sebab saya percaya, glamor itu akan datang dan pergi,” katanya kepada MH.

[GAMBAR] Syafiq Kyle Buka Cerita Pernah Kena ‘Caras’, Dipermainkan…

IKLAN

Melihat kepada perkembangan kerjaya seninya ketika ini, aktor berusia 25 itu tidak menafikan sepanjang separuh dekad terlibat dalam seni, dia telah melalaui pelbagai pengalaman pahit manis yang secara tidak langsung mematangkan dirinya.

“Selepas lima tahun, barulah orang betul-betul kenal dan sepanjang tempoh itu jugalah saya banyak belajar mengenai industri. Apa yang perlu saya lakukan, memberi reaksi dan seterusnya membawa hala tuju dalam seni.

 

“Malah, ada rakan industeri yang turut memberikan nasihat. Jadi daripada situlah, saya terfikir apalah yang sudah dipelajari rakan pelakon senior lain yang mungkin sudah melibatkan diri dalam seni selama berpuluh-puluh tahun. Tentu banyak pengalaman mereka,” kongsi Syafiq.

[GAMBAR] Syafiq Kyle Buka Cerita Pernah Kena ‘Caras’, Dipermainkan…

Tidak mahu menoleh ke belakang dengan mengingati situasi tak berapa baiknya dalam industri, pemilik nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini bagaimanapun memberitahu, sepanjang mendaki cita-cita bergelar pelakon, banyak ranjau yang telah dilalui.

IKLAN

[GAMBAR] Syafiq Kyle Buka Cerita Pernah Kena ‘Caras’, Dipermainkan…

“Baik dan buruk tu biasalah, semuanya ada. Saya kena tipu dalam shooting, kena tipu dari segi payment dan peluang kena caras. Kiranya saya dipermainkan atas kesugguhan saya,” akhiri Syafiq yang bakal muncul menerusi filem seram, Langsuir bersama Hannah Delisha. 

IKLAN

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 19 April 2018

Foto: Instagram Syafiq Kyle

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI