[GAMBAR] Super Stailo, Ini Dia 5 Barisan Selebriti Kita Yang Paling Menawan, Jelita Bila Pakai Turban

Share

Tidak dinafikan, pemakaian turban memberi pelbagai reaksi di kalangan netizen. Yang pasti, gaya sedemikian menjadi pilihan kebanyakan ikon fesyen muslimah seluruh dunia.

Malah, ada di antara selebriti Hollywood pernah menggayakan gaya sedemikian.

Menarik, MH paparkan lima barisan selebriti kita yang dilihat makin bergaya, stailo tatkala mengenakan turban. Tampak lebih urban dan segarkan?

1. NEELOFA

 

Siapa yang boleh sangkal dengan selera fesyen usahawan dan pengacara terkenal ini? Katalah apa sahaja menengai gaya penampilannya, namun bintang asal Kelantan ini kekal yakin. Malah penampilannya yang sering berturban akhir-akhir ini memang ‘memancing’ mata ramai!

2. YUNA

Penyanyi yang mencipta nama diperingkat antarabangsa ini sedikit pun tidak berasa janggal membawa imej tersebut di bumi Amerika Syarikat. Yuna boleh disifatkan sebagai antara pelopor imej turban di Malaysia apabila dia merupakan antara artis melenium terawal yang selesa dengan imej berkenaan.

3. NORYN AZIZ

JuaraGegar Vaganza musim ke-5 ini memutuskan untuk berhijab selepas pulang daripada menunaikan haji di Tanah Suci, Mekah pada 2011. Imej klasik yang sering dibawakan oleh penyanyi jazz ini dilihat sedikit pun tidak terjejas meskipun kini selesa berturban. Jika dilihat di setiap konsert GV5, imej turban Noryn sering bertukar setiap minggu dan ianya telah perhatian ramai permerhati fasyen.

4. SITI  SARAH RAISSUDDIN

Awal tahun lalu, isteri kepada Shuib Sepahtu ini memutuskan untuk berhijab juga selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah. Walaupun kini tampil dengan imej berturban, ianya dilihat sedikit pun tidak membataskan Sarah untuk terus aktif dalam bidang nyanyian. Malah, lagu Semakin dendangan Sarah turut layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke33. Jom, kita sama-sama nantikan bagaimana imej Sarah pada malam tersebut.

5. DATIN ALYAH

Selepas memutuskan untuk berhijab, pelbagai imej tudung yang dibawakan oleh penyanyi ini termasuklah berturban. Sering tampil bergaya kemana sahaja acara yang dihadiri, Alyah antara seorang ikon fesyen yang menjadi perhatian media. Mempunyai wajah yang cantik serta tubuh badan yang genit, peminat sentiasa menantikan style terbaru yang digayakan oleh Alyah.

Foto: Carian Google

IKLAN