Menerusi akaun Instagram pelakon Datin Paduka Eina Azman, ada berkongsi beberapa keping gambar ketika dia sama keluarga bercuti di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman kelihatan telah memilih tema warna putih ketika mengambil gambar bersama keluarga.
Pelakon Syafiq Kyle sudah pun genap berusia 27 tahun ini.
Lalu, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada bulan Syawal tahun ini, pelakon berkenaan telah diraikan oleh kelab peminatnya di majlis rumah terbuka, dua minggu lalu.
Menerusi entri terkini penyanyi Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar majlis perkahwinan bersama isterinya yang dikenali sebagai Awin Nurin.
Kongsi Izzue, dia dan isterinya kini telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Oleh itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah memberi ucapan dedikasi sangat ‘sweet’ buat isteri tercinta.
“Wahai Peneman Hati, saat pertama kali dahimu kucium, itu adalah yang paling indah yang tertanam dalam hidupku.
“Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh untuk menikmati saat indah di hari ini.
“Bukan sedikit pengorbanan yang kita lakukan demi mengejar secebis kebahagiaan yang kita impikan.
“Siulan mulut orang kita pekakkan, malah tali ini semakin erat terikat. Happy 7th Anniversary @awinnurin 2013 – 2019”tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.