Selepas kali terakhir muncul dengan single berjudul Raja tahun lalu, Stacy kini kembali dengan single terbaru, Khayal.
Lagu bergenre pop EDM dari bintang berusia 29 tahun ini ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin.
Meskipun Khayal masih berpaksikan muzik pop dansa, namun lagu ini tetap membawakan kelainan dari sudut susunan muzik yang disuntik elemen ‘trap music’ dan alunan melodi ‘EDM synth’ memberikan bunyi unik kepada lagu ini.
Malah, foto promosi yang turut dikongsikan Stacy di media sosialnya juga ‘memancing’ mata ramai.
Lirik Khayal dinukilkan Stacy bersama nama penanya, Bunga Cantik. Lirik yang mengambil inspirasi daripada kisah dirinya sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala waktu dirinya sukar melelapkan mata di waktu malam.
“Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.
Ads
Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘escapism’ untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan,” katanya.
Terdahulu, isteri kepada penyanyi terkenal Akim Ahmad ini juga sejak kebelakangan ini seringkali menggunakan tanda pagar #SampaiKeBulan dalam hantarannya di sosial media.
“Dalam lirik Khayal ini saya ada menulis tentang ‘biar cinta sampai ke bulan’. Sebenarnya saya tulis khas bait lirik ini untuk menggambarkan betapa besarnya cinta kepada keluarga kecil saya.
Ads
“Serta betapa utuhnya ikatan kami sekeluarga yang akan tetap selalu menjalani kehidupan bersama walau susah atau senang,” jelas bintang asal Sabah ini.
Untuk rekod, Khayal merupakan lirik kedua tulisan Stacy selepas mencuri perhatian sebagai penulis lirik menerusi lagu hit Rampas yang dipopularkan kumpulan Akim & The Majistret.
Pertama kali menyampaikan sendiri karya ciptaan dan tulisannya, Stacy menyifatkan lagu berkenaan sebagai karya paling istimewa buat dirinya.
“Saya amat berterima kasih kepada suami saya iaitu Akim @ Hang Nadim kerana selalu memberi dorongan dan sokongan dalam menghasilkan sesebuah lagu dan menjadi mentor untuk saya dalam berkarya.
Ads
“Akim sentiasa berkongsi ilmu supaya saya lebih faham tentang cara penghasilan sebuah lagu dan sekaligus menggunakan pengalaman 11 tahun saya dalam karier seni bagi menghasilkan single ini,” ujarnya.
Stacy terlebih dahulu dicungkil ketika mengikuti program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 pada tahun 2008.
Sempena pelancaran single terbaru Stacy ini juga, penyanyi ini turut menawarkan peluang buat peminat untuk memenangi sebuah telefon bimbit terbaru Samsung S10 dengan mengstrim lagu Khayal di Spotify.
Peminat hanya perlu merakam video mereka sedang mengstrim lagu Khayal di Spotify dan kongsi video tersebut menerusi Instagram Story mereka dan tag Stacy serta Nova Music. Tarikh tutup peraduan pada 9 Ogos depan.
Khayal akan dilancarkan sepenuhnya di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula esok, 12 Julai 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh sejak awal malam tadi apabila berita mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa telah bertindak kasar terhadap bekas tunang dengan mencekik dan menumbuk mangsa berkenaan hingga berdarah adalah Syafie Naswip.
Malah, menerusi laporan portal hiburan, ia jelas memaparkan wajah bintang Mukhsin itu sebagai individu yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan.
Sementara itu menerusi Utusan Online awal malam tadi melaporkan, pelakon lelaki yang baru sahaja putus cinta itu hadir menyerah diri di Balai Polis Kinrara serta mengaku mencederakan mangsa.
Suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil.
Pada masa sama, pihak berkuasa seperti yang dipetik turut menjelaskan, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Artikel tersebut memaparkan, pelakon tersebut yang baru putus tunang baru-baru ini ditahan polis selepas didakwa mencederakan bekas tunangnya dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai pada 26 Jun lalu.
Mengimbas semula, pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.
Namun, keduanya mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan, beberapa minggu lalu.
Foto: Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, kisah percintaan pasangan pelakon sama cantik sama padan, Julia Farhana dan Erwin Dawson pernah menjadi perhatian peminat suatu ketika dulu.
Sebelum ini, Julia pernah menjalinkan hubungan cinta sama pelakon lelaki berkenaan.
Bagaimanapun hubungan hubungan tersebut tidak diteruskan ke fasa seterusnya atas alasan mahu beri fokus terhadap kerjaya masing-masing.
Bagaimanapun, difahamkan pasangan ini kembali menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.
Cuma kini, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin kembali sendirian dan hubungan percintaan dia bersama Erwin pun telah berakhir.
“Buat masa ini, saya mahu fokuskan kepada kerjaya dan karier saya sebagai seorang pelakon, jadi saya sendirian sekarang.
“Saya akui kami kini hanya sekadar berkawan baik bagaimanapun kami akan sentiasa ada untuk antara satu sama lain.
“Sekurang-kurangnya masing-masing bebas dan bila dah bersedia baru fikir pasal perhubungan atau kahwin,” katanya kepada MH.
Tambahan lagi, Julia mengatakan dia tidak gemar untuk menjalinkan hubungan percintaan dalam suatu tempoh yang terlalu lama.
“Sebab Ju pula jenis tak suka relationship lama lama, kalau nak lama tu, lebih baik sendiri.
“Dah ready nak ada serious relationship kahwin je malas nak bercinta lama lama,” jujur kata Julia.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.