[GAMBAR] Siapa Jejaka Di Sebalik Ferrari Merah? Netizen Doakan Ruhainies Cepat Kahwin

Share

Wow, tergamam seketika melihat sosok tubuh seorang jejaka dengan jambangan bunga di samping Ferrari merah yang dimuat naik di Instagram Ruhainies.

Yang menjadi persoalan, bagaimana wajah gerangan lelaki yang dikongsikannya itu, meski dia sudah pun mengakui hati sudah dimiliki.

“Look who’s here. He’s back!”

Apapun, Jejaka yang dikenali dengan Elffjohan di laman Instagram seringkali memuat naik kata-kata cinta khas buat cinta hati, Ruhainies.

Lelaki ini juga dilihat sering menghadiahi adik kepada Risteena Munim ini dengan barangan mewah dan pernah bercuti bersama-sama keluarga pelakon ini.

Teruja melihat foto yang dikongsikan, netizen mendoakan agar pasangan ini cepat-cepat disatukan.

Selamat berbahagia dan cepat-cepat naik pelamin.

Foto – Instagram Ruhainies

IKLAN