Memasuki hari keempat Syawal, pengacara dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsikan gambarnya sekeluarga pada pagi 1 Syawal lalu.
Memuat naik gambar dia bersama suami, PU Riz dan anak sulungnya, Muhammad Bilal, Neelofa, 34, sempat berseloroh mengatakan betapa ‘susahnya’ untuk mendapatkan gambar hari raya keluarga yang ‘sempurna’ bila ada anak kecil yang meragam.
“It takes two to calm a grumpy child during a Raya family photo (Memerlukan 2 orang untuk menenangkan anak yang grumpy ketika mahu mengambil gambar raya keluarga),” tulis Neelofa di ruangan kapsyen.
Neelofa kemudiannya dilihat mengubah kapsyen baharu berkongsikan gelagat lucu anak sulungya itu, “Tolonggg ada budak tecik mengantuk tak nak raya..”
Video dimuat pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mencetuskan viral sekaligus mengundang pelbagai komen warganet.
Dikongsikan sejak 4 April lalu di Instagram Tya, video berkenaan sudah mencecah lebih 17.3 juta tontonan dan ia sebenarnya adalah antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.
Menurut Tya, dia terharu dan menjadi satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.
“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.
“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.
“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.
Sementara itu, Ogy menjelaskan, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik yang betul bagi menampakkan hasil yang realistik.
“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.
Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara.
Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.
“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.
“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” kata Tya lagi.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’.
Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh...