[GAMBAR] Sepakat Pilih Tema Navy Blue, Ini Sekitar Majlis Akikah Anak Dynas, Edriel Obil, Hampir 2 Bulan Usianya

Share

Genap 57 hari kelahiran bayi comel yang diberi nama Edriel Obil, pelakon Dynas Mokhtar dan suami Mohamad Shazrik Che Mohd Din telah mengadakan majlis akikah buat anak mereka.

Sekeluarga sedondon mengenai persalinan dalam rona biru tua, majlis itu difahamkan telah dilangsungkan di Damansara, Petaling Jaya.

Malah, beberapa rakan selebriti dilihat hadir ke majlis tersebut, meraikan permata hari bongsu pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Dynas atau nama penuhnya  Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.

Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Edriel Obil pada 17 Mei lalu.

Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.

Foto:Instagram Dynas

IKLAN