[GAMBAR] Selepas Dedah Wajah, Puteri Sam-Tilla Jadi ‘Barbie’, Comelnya!

Share

Selepas mendedahkan wajah anak keduanya beberapa hari lalu, pelakon Syatilla Melvin ada berkongsi heberapa keping foto penggambaran puterinya, Sarima Samheizy yang comel.

Dirakam menggunakan team fotografi profesional, tema penggambaran cukup kreatif dan lain dari lain apabila menerusi salah satu foto yang dikongsi Tilla, Sarima diletakkan di dalam kotak Barbie, selain dalam tab mandi mini!

Terdahulu, Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Foto: Instagram Samtilla

IKLAN