[GAMBAR] Sekitar Momen Indah Majlis Tunang Nadia Brian, Cantik Bak Puteri!

Share

Pelakon model, Nadia Brian telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Muiz Nasruddin dalam sebuah majlis tertutup hari ini.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh beserta sebentuk cincin.

Malah, momen indahnya turut dikongsikan menerusi Insta Stories khusus buat pengikutnya di Instagram.

Terdahulu, Nadia dan Mu’izz Nasrddin yang juga merupakan pengurus akaun di sebuah syarikat teknologi maklumat mula berkenalan sejak dua tahun lalu.

Foto: Instagram Nadia Brian

IKLAN