[GAMBAR] Sekitar Majlis Malam Berinai Raja Ilya, Inai Putih Jadi Pilihan!

Share

Pelakon Raja Ilya telah mengadakan majlis malam berinai malam tadi di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Malah, bintang filem Papadom ini juga ada berkongsi gambar sekitar majlis malam berinai di Instagram miliknya.

Anggun mengenakan dress berona biru lembut, majlis tersebut turut dihadiri keluarga Ilya.

Malah, pelakon berdarah kacukan  Melayu, Arab dan India ini manis mengukir senyuman tatkala memilih inai putih yang dihiasi di jari.

Dalam perkembangan lain, Ilya dan suami, Trent Garrett akan mengadakan majlis resepsi pada 19 September ini (esok) di Star Avenue,Subang jam 7.30 malam.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Disember lalu di Perth, Australia.

Foto : Instagram Raja Ilya

IKLAN