[GAMBAR] Sekeluarga Sedondon Pakai Rona Jingga Cair, Indahnya Majlis Aqiqah Ameena Sofia, Anak Shakilla Khoriri & Fizi Ali

Share

Tanggal 14 Mac lalu menjadi detik manis buat pasangan selebriti, Shakilla Khoriri dan suaminya Fizi Ali yang menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka yang menambah seri keluarga.

Diberi nama Ameena Sofia, bayi comel yang kini berusia lima bulan itu telah pun dilakukan majlis aqiqah oleh kedua orang tuanya.

Malah, momen indah sepanjang majlis itu turut dikongsikan Shakilla menerusi Instagram miliknya.

Bertemakan warna-warna lembut, majlis yang disambut secara sederhana itu diadakan di Shah Alam dan kelihatan, mereka sekeluarga turut sepakat mengenakan persalinan rona jingga lembut pada majlis berkenaan.

Ameena yang lahir seberat 3.7 kilogram secara pembedahan itu sentiasa tersenyum saat majlis dijalankan.

Terdahulu, Shakila dan Fizi diijabkabulkan pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia, 5 bulan.

Foto : Instagram Shakilla, Fizi, Ameena

IKLAN