Adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief telah pun selamat bergelar suami kepada permaisuri hatinya, Aina Syahira pada Ahad.
Dirai dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu keluarga kedua belah pihak, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Hael Husaini.
Selain majlis raja sehari yang diperkatakan, kehadiran Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih sinonim dengan sapaan PU Riz turut mencuri perhatian wargamaya.
Apa tidaknya, foto serta video yang dirakam oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir pada majlis berkenaan turut kembali dikongsikan oleh beberapa buah akaun di Instagram yang rata-ratanya teruja dengan hubungan rapat yang terjalin di antara PU Riz bersama famili bekas hos MeleTop itu.
Segak mengenakan persalinan Baju Melayu dalam rona senada dengan Neelofa dan ahli keluarganya yang lain, penampilan figura berusia 24 tahun itu nyata meraih tumpuan.
Terdahulu, Neelofa sebelum ini menjelaskan dia dan Riz sudah lama saling mengenali dan pernah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.
Neelofa pada masa sama menyifatkan, lelaki tersebut merupakan seorang pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.
Sementara PU Riz dalam satu temubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa baru-baru ini pula menyifatkan, hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sekerja.
Riz turut mendedahkan dirinya sudah lama bekerjasama dengan figura asal Kelantan itu sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sebelum ini pernah menyatakan pendiriannya mengenai soal jodoh.
Ditanya mengenai soal tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicaranya, Next To Neelofa tidak lama dulu, figura berusia 31 tahun menegaskan dirinya akan berkongsi mengenai perkara tersebut seandainya semuanya sudah kukuh dan pasti.
Mengharapkan doa yang baik dari semua pihak, Neelofa juga tidak menafikan pelbagai versi timbul berhubung soal peribadinya.
“Pasal kahwin bagi saya terlalu banyak versi cerita sementelah saya dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini.
“Tidak akan saya kongsi atau berikan kata putus selagi itu (berkahwin) tidak terjadi dalam hidup saya.
“Saya akan beritahu rakan media, akan kongsi kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk kongsikan ia dengan semua orang.
“Apa yang boleh saya minta sekarang ialah doa yang baik, contohnya agar saya menjadi anak, isteri, bertemu jodoh yang baik. Itu saja yang saya minta, katanya.
Neelofa pada masa sama kurang selesa dengan kisah sensasi serta spekulasi yang digembar-gemburkan.
“Tak mahulah orang buat gosip, buat telahan itu dan ini.
“Kalau nak diikutkan pada umur saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanyakan hal itu.
“Cuma kalau ditanya sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.
“Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah seakan memberi gambaran bahawa dia bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.
Menurut Nonny, selepas ini, dia tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai soal perkahwinan kerana menyifatkan pelakon, Niezam Zaidi punyai semua jawapannya.
“Dengan izin Allah alhamdulillah satu dah selesai. Proses kitorg ‘special’ sikit, jadi apa-apa jangan tanya saya lagi tau tanya direct kat @niezamzaidi.
“Semoga menjawab segala persoalan korang semua,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasi (AF) musim ke-5 itu turut mendedahkan Niezam telah pun selesai menghadiri kursus kahwin baru-baru ini.
“For your information untuk kursus kahwin, due to covid dari dua hari dah disingkatkan ke satu hari sahaja.
“Siapa yang tengah plan nak amik kursus tu boleh roger @kursuskahwinkakana. Dari start Nonny sampailah ke Niezam kita memang ambil dekat sana.
“Ini bukan paidreview/sponsor kita recommend sebab Kak Ana memang baik gus,” katanya lagi.
Pada kesempatan itu juga, Nonny turut dilihat ada menitipkan doa buat para teman dan seluruh peminatnya di Instagram.
“Semoga mereka yang tengah membaca caption ni, dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t, dijauhkan dari segala jenis penyakit dan juga gangguan dari jin dan syaitan yang direjam.
“Dikayakan dengan iman, taqwa dan harta, diberikan rezeki yang melimpah ruah, baik dari segi kesihatan, kebahagiaan dan juga kewangan dan makanan yg mencukupi buat diri & ahli keluarga mereka Ya Allah.
“Permudahkanlah.. peliharalah mereka Ya Allah..Amin. Doakan buat kitaorang juga ye,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut teruja apabila mendengar perkhabaran daripada Noni itu.
Malah, mereka turut mendoakan semoga urusan Nonny dan Niezam dipermudahkan.
Terdahulu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit, Mustain Adnan pada tanggal 18 Mac 2018 namun memutuskan untuk bercerai pada 2019.
Sumber: Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Abby Abadi mendedahkan dirinya ada menerima kritikan netizen selepas berkongsi satu rakaman video yang marakamkan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria sedang menunaikan solat di sebuah lokasi publik.
Bekas anggota kumpulan Elite itu menjelaskan perkongsian tersebut bukan untuk menunjukkan perasaan riak di media sosial.
Sebaliknya, itu sekadar perkongsian dan nasihat kepada kita untuk jangan pernah lalai menunaikan tiang agama.
“Eh Abby Abadi nk membebel lagi! Semalam Sy kongsikan video suami solat ni kt story, ada yg dm kata ini riak, menunjuk.
“Sy balas semula, Sy kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tp kan Sy yg pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang tu.
“Ini IG Sy… ye Sy tak sempurna. Takkan mungkin sempurna… tapi Sy cakap, Sy kongsi tazkirah, renungan qalbu.. ingatkan pasal solat dalam IG ni agar IG sy bermanfaat utk org lain.
“Jadi bila tiba2 Sy padam, ada juga kenangan indah yg Sy tinggalkan disini,” jelasnya.
Pelakon Gerak Khas ini juga menambah, adalah menjadi tanggungjawab untuk saling mengingati selain tidak rugi andai berkongsi hal bermanfaat di media sosial.
“Rugi kalau guna laman sosial sembang kosong je, buat lawak tah apa2, tunjuk itu, tunjuk ini tp langsung tak berdakwah semampu kita & sampaikan peringatan dari DIA.
“Konon agama/amal ibadat sendiri2.. dalam laman sosial utk enjoy2 je. Sakit sungguh la kalau beranggapan begitu.
“Bila ingatkan benda baik2, pergi mana2, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena.. bila ajak liburan, ajak gi konsert, pergi layan benda2 mengarut.. berpuluh2 kali post pun takpe, siap repost lagi..bila pasal solat, sentap tak tentu hala.
“Itulah kesilapan besar kita sbnrmya. Walhal hidup ni mmg utk sebarkan agama DIA.
“Muhasabahlah..mmg tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan2. Berpesan2.dgn kebenaran. Berpesan2 dgn kesabaran.
“Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tp sebab nak sama2 ke syurga & bernilai disisiNYA
“Renungggggggg balik apa sbb ALLAH masih izinkan kita bernyawa hingga hari ini. Enjoy selagi buleh ke atau ingat mati buleh dtg bila2?
“Takpelah.. nnti taubatlah. Nanti solatlah.. Banyak nauu nanti, tiba2 mati… nk jawab mcmana dgn ALLAH dalam kubur nanti?
“Rugi wak hidup tak solat.. dah besar panjang dah pun. Nak kaya, nak makan sedap, nak enjoy selalu, gi bercuti selalu.. tp solat taknak.. caner?
“Siapa nk bagi Ok bai. Sambung membebel bila free ye hehe 26/9/2020,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite tampil memberikan respon terhadap komen seorang individu yang didakwanya sebagai ‘Datin’ yang menggelarkan dirinya sebagai artis sombong dan sendu.