Tahniah diucapkan buat adik kepada pelakon, Anzalna Nasir, Nazirah yang sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Umar Mukhtar.
Majlis yang dilangsungkan penuh meriah minggu lalu itu turut diraikan dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pihak bersama teman rapat.
Malah, pelakon tersebut turut menitipkan dedikasi indah buat adik bongsunya itu yang sudah pun selamat bergelar isteri pada usia muda.
Sambil menzahirkan rasa syukur, pelakon Dendan Aurora itu turut menerima kehadiran Umar dalam ahli keluarga mereka dengan tangan terbuka.
“When you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible.
“Alhamdulillah. Congratulations Maggie and Umar! My family just got bigger, and I cannot be more excited! I love you both very much!,” tulis Anzalna menerusi salah satu postingnya.
Wartawan tersohor merangkap Pengarang Urusan Astro Awani, Ashwad Ismail meluahkan bahawa dia berasa amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan untuk menjadi ‘tukang cerita’ untuk dokufilem khas, ‘Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita’.
Menurut Ashwad, sebagai editor pengurusan, dia bersama tenaga kerja yang lain sudah melihat pelbagai kisah yang berlaku sepanjang penularan virus Korona ini.
“Apabila Astro mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai Malaysia vs COVID-19, sebagai managing editor untuk Astro Awani, sudah tentu kami melihat banyak kisah-kisah yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
“Jadi kami berbesar hati untuk meceritakan semula kepada masyarakat dan mengingatkan semula kepada mereka bahawa perang ini belum tamat. Musuh yang tak terlihat.
“Sebagai saluran berita 24 jam negara, jenama berita yang dipercayai, ‘the home of breaking news’ terutama di Malaysia, memang banyak yang ingin kami ceritakan.
“Dua perkara yang ditekankan adalah pertama ‘Perang Belum Tamat’ dan kedua ‘menyerlahkan kekuatan kita selaku rakyat Malaysia sebagai masyarakat terbaik dalam menangani krisis’,” katanya kepada MH
Merupakan antara barisan hadapan yang menyumbang bakti, Ashwad turut berkongsi suasana sebenar di bilik berita pada ketika itu;
“Satu prinsip kewartawanan yang kami pegang, ‘We are at best under pressure, we are at best dealing with crisis,’ itu merupakan falsafah asas.
“Bila krisis berlaku, kami di Astro Awani kena pastikan segala perincian yang ada dan soalan yang ada, kami kena cari jawapannya.
“Bagaimana keadaannya, kami berpecah kepada dua fasa, 48 jam sebelum PKP diumumkan kita pecahkan pasukan dan agihkan peranan masing-masing.
“Kita kena ada dua pasukan, jika satu pasukan tumbang kita ada pasukan lain yang bersiap sedia. Sebab ini lumrah saluran berita 24 jam.
“Bila kami di lapangan, suasananya agak berbeza. Jika sebelum ini kita nak elak peluru kita tahu musuh dari arah mana, tapi kali ni musuh pun kita tak tahu di mana.
“Perkara yang paling penting, saya selalu ingatkan wartawan dan editor kami untuk persiapkan diri patuh SOP, jaga kesihatan dan pastikan stamina ditahap terbaik.
Dalam pada itu, Ashwad turut menjelaskan bahawa rakyat malaysia tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menonton dokumentari khas yang disediakan oleh pihak Astro ini.
“Dokufilem ini menyerlahkan satu realiti ketika mana kita sedang berhadapan dengan COVID-19 dan perang belum tamat.
“Kedua, orang ramai kena faham jerih payah yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai segmen. Mereka ini semua memberi gambaran bahawa ‘Inilah Malaysia’ dan kita semua adalah frontliners.
“Dokufilem ini bukan pengakhiran tetapi ia hanyalah satu peringatan ikhlas buat kita semua bahawa COVID-19 masih ada,” akhirinya.
Dokufilem “Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita” akan disiarkan pada 12 September jam 6.00 petang eksklusif di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello & Astro Awani atau strim di Astro GO.
Pelakon senior, Datin Seri Maria Farida mendedahkan penjagaan kecantikan cukup penting buat dirinya, lebih-lebih lagi untuk terus kekal relevan dalam industri seni.
Menurut Datin Seri Maria, dia amat sayangkan kerjaya sebagai anak seni dan ketika ini bukanlah masanya untuk dia mengundur diri.
“Dalam industri ini saya kena ‘maintain’ diri saya. Kalau tidak pengarah dan produser tidak akan panggil lagi.
“Saya sangat sayangi industri saya. Memasuki umur seperti saya tidak bermaksud saya kena undur diri dan biarkan orang lain ambil alih.
“I’m a fighter. Saya tak boleh duduk diam. Saya masih nak berlakon, nak buat jalankan kerja-kerja sebagai wajah wakilan dan sebagainya. Jadi saya kena maintain diri saya,” kata Maria kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu turut berkongsi rahsia bagaimana dirinya masih menjadi antara pilihan pengarah masa kini.
“Generasi saya dulu mungkin lain. Kita masuk dalam bidang ni sebab kita nak berlakon dan bukan nak glamour. Sebelum ini tiada sosial media untuk kejar semua tu.
“Jadi, niat kita memang nak belajar. Kita pun takut dengan pengarah. Kalau buat silap kena marah. Datang set kena hafal skrip. Segalanya harus bersikap profesional.
“Sekarang ini saya lihat dah tiada semua itu. Sekarang ini semuanya berdasarkan pengikut di media sosial dan juga populariti. Ia sangat berbeza.
“Namun, ada juga yang betul-betul berbakat dan serius sekarang ini. Cuma bagi saya, mereka perlu terus tingkatkan disiplin.
“Ada orang pernah cakap yang saya ini diibaratkan seperti kapal berlayar. Saya hanya terus berlayar buat hal sendiri tetapi saya masih di sini. Tidak pernah hilang,” katanya lagi.
Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Datin Seri Maria menyifatkan tidak mengambil pusing mengenai hal orang lain adalah kunci kejayaan sebenar.
“Saya seorang yang sangat low profile. Saya tidak mahu ambil tahu orang ni bercerai ke bergaduh ke, saya tidak mahu tahu semua gosip itu.
“Walaupun saya ini berkerja dengan ramai artis, saya tak tahu gosip-gosip mereka.
“Bila saya datang set dan berlakon dengan para pelakon lain, baru saya tahu sebab bila ada di kalangan mereka yang berkongsi cerita dekat saya.
“Apa pun, saya bukan jenis yang lihat media sosial demi mencari cari gosip semata-mata. Lebih senang, saya hanya buat hal sendiri sahaja,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan, Nabil Mahir meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pengguna media sosial yang gemar menggunakan agama untuk mencaci orang lain meski diri sendiri belum pun tentu sempurna.
Malah, tunang kepada Ayda Jebat itu turut menempelak mereka yang sanggup membuat akaun palsu demi menghentam orang lain.
“Ramai kat Instagram ni suka caci orang pasal agama tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar ramai yang sampai sanggup buat fake account sekadar nak kutuk maki. Best ke?
“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin,” tulisnya pada satu posting video pendek yang dikongsi Nabil di Instagram.
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...