[GAMBAR] Sama Cantik Sama Padan, Ainul Aishah Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Ainul Aishah yang  selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya, Khalid Redzuan hujung minggu lalu.

Ainul atau nama sebenarnya, Ainul Aishah Azizun,35 berkongsi beberapa momen indahnya itu menerusi Instagram.

“Engagement of Khalid Redzuan & Ainul Aishah, #KRxAA, #27/03/21.

“Pelamin : @dreamcatcherweddingplanner, Hand bouquet & dulang : @dreamcatcherweddingplanner, Dress AA : @afiqmofficial, Photo : @shevrulfarhan,” tulisnya memberikan kredit.

Malah, turut dikongsikan bintang filem Histeria ini ialah dekorasi pelamin serta hantaran pada mahljs bahagianya itu.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah selain memuji pasangan yang sama cantik sama padan.

Sebelum ini menerusi platform media sosial sama, Ainul ada memaklumkan mengenai majlis itu menerusi satu hantaran.

Terdahulu, hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak beberapa tahun lalu.

Foto: Instagram Ainul Aisyah

IKLAN