Minggu lalu, remaja yang mulai viral gara-gara terkait di dalam konflik rumah tangga penyanyi Aliff Aziz, Mell ada menempelak individu tidak bertangunggjawab kerana didakwa menggunakan wajahnya di Instagram.
Malah tulisnya berserta dengan entri akaun yang dimaksudkan, gadis itu memaklumkan dia sudah hilang sabar dengan manusia yang tiada hati perut.
Sementara di ruangan kapsyen yang akses komennya disekat Mell, gadis berkenaan juga turut meminta agar pengikutnya ‘report’ akaun yang dimaksudkan.
“Tuhan bagi kau muka kau tak nak pakai muka kau sendiri, sibuk nak hack IG aku. Lepas tu kau buat review macam sial perangai kau haha.
“Takpelah kau sedar diri jela. Korang tolong report IG ni please,” pintanya.
Foto: Instagram Nismell__
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita Raja Ilya telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Ilya berkongsi satu rakaman video ketika suaminya, Garrett memakan buah durian buat kali pertama.
“Ini di record Sebelum bulan puasa .. haha ini first time tengok dia Makan Durian ,itu pun sebab kan Scene ,Kalau Tak jenuh gak nak paksa dia rasa .. Akhirnya @sasitharan_k_rajooberjaya convince husband ilya rasa Durian . … #lifestyleoflove #marriedlife”tulisnya.
Baru sahaja melancarkan single baru berjudul Debu Bercahaya, Noh Salleh tidak menafikan kekangan kewangan menyebabkan rakaman album terpaksa ditangguhkan sehingga ke hujung tahun.
Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat reaksi berbeza apabila ada pihak yang membayangkan, wang ringgit bukan menjadi suatu masalah besar.
Ini kerana, netizen merasakan kedudukan vokalis kumpulan Hujan itu sebagai menantu kepada seorang vvip disegani pastinya tidak memberikan masalah apabila bercakap soal kewangan.
Kecewa dengan kenyataan terbabit, Noh ketika ditemui media pada majlis pelancaran di Red Box The Garden, baru-baru ini memberikan penjelasan.
“Ini realiti, orang ingat artis ni kaya. Boleh je nak kaut semua tapi saya tak mahu muzik ni jadi kerjaya yang saya terlalu bergantung kepadanya.
“Biar ada ruang untuk bernafas dan bermuzik.
“Mentaliti orang luar kebanyakannya begitu. Kahwin dengan orang kaya saja akan jadi kaya. Noh ni mesti makan duit isteri. Saya bukan macam itu.
“Masa kenal Nina bapa saya telah berpesan, katanya know your place, kau datang bila diseru tak payah berlagak, kau tu orang kampung”.
“Memang sakit hati dan sedih bila orang ingat saya makan duit isteri. Kadang kala orang yang bersuara ni adalah orang di kiri kanan yang memang saya tak jangka. Penat juga dengar hal sedemikian,” katanya kepada MH.
Jelasnya lagi, walaupun sederhana namun kehidupannya sudah cukup sempurna.
Muzik adalah ruang untuknya mencari rezeki selain punya ruang untuk melakukan kebajikan.
“Saya nak cari duit untuk buat kebajikan dan sebarkan kesedaran. Manfaat populariti yang Allah beri saya gunakan untuk perkara begini.
“Kehidupan saya sudah cukup. Saya pernah persoalkan apa matlamat hidup dan pengalaman ke Syria dan melihat keadaan di sana buatkan saya bersyukur.
“Saya sudah cukup…boleh bernafas, makan mamak dan sebagainya. Alhamdulillah saya tak diberi nafsu untuk ‘i want more’,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, single Debu Bercahaya sudah boleh didapati di semua pelantar digital muzik.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...