
Pelakon jelita, Erra Fazira telah berkongsi beberapa keping gambar di Instagramnya baru-baru ini.
Gambar tersebut melihatkan bekas Ratu Cantik Malaysia/Dunia itu mengenakan busana pengantin rona kelabu di samping Idris Khan bagi menjayakan babak drama terbaru.
Meski hanya untuk mejayakan watak dalam sebuah drama, rata-rata netizen meminta agar bintang Hingga Hujung Nyawa itu mengenakan gaun pengantin secara realiti.
“alahaii.. cantiknya kak erra.. kan best kalau betul2.. hmm,” komen netizen.
“eishh.. ingat betul2 lah tadi. tp kalau betul pun apa salahnya dan bila nak kahwin betul2 pulak?” antara komen netizen.
Amboi! Ada-ada sahaja komen netizen ‘mengusik’ Erra ya!
Terdahulu, kisah cinta Erra pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir AF dan menjadi bualan hangat ramai pihak.
Foto : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] Ini Dia Foto-Foto Abdussalam Firdaus Abdul Aziz Yang Dicop Sebagai 'Lelaki Paling Cantik'. Memang 'Cantiklah'! 2 [GAMBAR] Ini Dia Foto-Foto Abdussalam Firdaus Abdul Aziz Yang Dicop Sebagai 'Lelaki Paling Cantik'. Memang 'Cantiklah'!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/3681987D-B222-4BC4-9277-7B74447782CC.jpeg)


