Uncategorized

[GAMBAR] “Rindu Nak Peluk Mak,”- Luahan Noraniza Idris Sempena Ulang Tahun Arwah Ibu Buat Netizen Sebak!

Share

Penyanyi Noraniza Idris telah berkongsi sekeping foto ‘throwback’ bersama arwah ibunya, iaitu Allahyarhamah Hajah Azizah Bte Haji Ibrahim baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Noraniza atau mesra dengan Kak Ani telah berkongsi gambar itu beserta kapsyen.

“HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK.. 
19.10.1936 – 30.08.2014
(Masuk usia 68 tahun umur arwah mak ketika pulang ke rahmatullah)


AlFatihah untuk mak,” tulisnya.

Popular dengan lagu Dikir Puteri, Kak Ani turut berkongsi kenangan terindah bersama arwah ibunya.

“Mak pergi selepas 3 hari ani sambut hari lahir sendirian . Tahun 2004 ini terlalu banyak kenangan pahit yang dilalui sendirian tanpa mak. Hanya mak yang selalu pertahankan anak2 mak”, tulisnya lagi.

Tambahnya, dia dan arwah ibunya juga telah membuat satu perjanjian untuk memakai barang kemas ketika meriakan ulang tahun hari jadi.

“Selalu bawa mak jalan petang2 sekeliling taman Mini sebelum mak jatuh sakit. Kita pimpin tangan sambil berjalan bercerita muka mak menahan sakit kaki dalam senyuman dengan wajah mak yang pucat.
Mak masih ingat janji kita utk pakai sepanjang masa barang kemas hadiah harijadi mak. Walaupun tau mak ada rahsiakan sesuatu tapi Ani tak mahu mak susah hati”, tambahnya.

Kak Ani sentiasa berdoa agar arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

“Semoga mak sentiasa di syurgaNya di kalangan orang2 beriman yang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa kami kepada mak. Terima kasih mak,” tulisnya. 

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesejahteraan pemergian ibu Kak Ani.

Foto : Instagram Noraniza Idris

IKLAN