Penyanyi Noraniza Idris telah berkongsi sekeping foto ‘throwback’ bersama arwah ibunya, iaitu Allahyarhamah Hajah Azizah Bte Haji Ibrahim baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Noraniza atau mesra dengan Kak Ani telah berkongsi gambar itu beserta kapsyen.

“HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK.. 
19.10.1936 – 30.08.2014
(Masuk usia 68 tahun umur arwah mak ketika pulang ke rahmatullah)
AlFatihah untuk mak,” tulisnya.

View this post on Instagram

HAPPY BELATED BIRTHDAY MAK.. ? 19.10.1936 – 30.08.2014 (Masuk usia 68 tahun umur arwah mak ketika pulang ke rahmatullah) . AlFatihah untuk mak..?? . Mak pergi selepas 3 hari ani sambut hari lahir sendirian . Tahun 2004 ini terlalu banyak kenangan pahit yang dilalui sendirian tanpa mak. Hanya mak yang selalu pertahankan anak2 mak. Selalu bawa mak jalan petang2 sekeliling taman Mini sebelum mak jatuh sakit. Kita pimpin tangan sambil berjalan bercerita muka mak menahan sakit kaki dalam senyuman dengan wajah mak yang pucat. Mak masih ingat janji kita utk pakai sepanjang masa barang kemas hadiah harijadi mak. Walaupun tau mak ada rahsiakan sesuatu tapi ani tak mahu mak susah hati. Tak pernah lekang nama mak dalam setiap doa. Terima kasih mak. Mendidik dengan kasih sayang mak. Terasa rindu sangat pelukan setiap kali tidur dengan mak. Terngiang2 suara mak yang lembut setiap kali berkata2 dengan senyum sepanjang masa. Menahan sebak dengan linangan air mata mak setiap kali berkecilhati. Maafkan kami mak. Setiap kali rasa sedih mak lah yang akan beri kekuatan dengan kata2 semangat. Mak lah yang akan susah hati buatkan air yasin utk tenangkan kami. Mak lah yang akan bangun bertahajud mohon pada Allah utk kami. Mak lah yang pilih kain dan jahitkan baju dengan tangan mak sebagai rutin pagi raya. Mak lah yang pimpin tangan kami setiap kali berjalan tuju ke pejabat temankan mak. Semua pengorbanan mak sentiasa kami ingat dan tidak ada tolok banding. Kasih sayang mak sentiasa segar dalam sanubari. Akak dah pergi ikut mak. Tinggal kami 3 beradik perempuan yg tinggal di dunia yang penuh cabaran. Kami akan terus mendoakan kesejahteraan mak di alam barzakh. Semoga setiap doa2 kami terus diangkat dan dimakbulkan. Semoga mak sentiasa di syurgaNya di kalangan orang2 beriman yang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa kami kepada mak. Terima kasih mak.. ? . ?AlFatihah ? . Allahyarhamah Hajah Azizah Bte Haji Ibrahim (arwah mak) . Allahyarhamah Hajah Nong Bte Haji Mutalib (arwah atok) . Allahyarhamah Hajah Radziah Bte Haji Ibrahim (arwah Mak Ngah) . Allahyarhamah Asmah bte Abdullah (arwah kesot) . Semua saudaraku , muslimin & muslimat yang telah pulang ke rahmatullah.. AlFatihah

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

Popular dengan lagu Dikir Puteri, Kak Ani turut berkongsi kenangan terindah bersama arwah ibunya.

IKLAN

“Mak pergi selepas 3 hari ani sambut hari lahir sendirian . Tahun 2004 ini terlalu banyak kenangan pahit yang dilalui sendirian tanpa mak. Hanya mak yang selalu pertahankan anak2 mak”, tulisnya lagi.

Tambahnya, dia dan arwah ibunya juga telah membuat satu perjanjian untuk memakai barang kemas ketika meriakan ulang tahun hari jadi.

IKLAN

“Selalu bawa mak jalan petang2 sekeliling taman Mini sebelum mak jatuh sakit. Kita pimpin tangan sambil berjalan bercerita muka mak menahan sakit kaki dalam senyuman dengan wajah mak yang pucat.
Mak masih ingat janji kita utk pakai sepanjang masa barang kemas hadiah harijadi mak. Walaupun tau mak ada rahsiakan sesuatu tapi Ani tak mahu mak susah hati”, tambahnya.

Kak Ani sentiasa berdoa agar arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

IKLAN

“Semoga mak sentiasa di syurgaNya di kalangan orang2 beriman yang lain. Semoga Allah mengampunkan dosa kami kepada mak. Terima kasih mak,” tulisnya. 

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesejahteraan pemergian ibu Kak Ani.

[GAMBAR] “Rindu Nak Peluk Mak,”- Luahan Noraniza Idris Sempena Ulang Tahun Arwah Ibu Buat Netizen Sebak! [GAMBAR] “Rindu Nak Peluk Mak,”- Luahan Noraniza Idris Sempena Ulang Tahun Arwah Ibu Buat Netizen Sebak!

Foto : Instagram Noraniza Idris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI