[GAMBAR] Ramai Beri Reaksi Pada Lagu Rayanya, Tapi Tak Ramai Tahu Ini Projek Murni Aliff Syukri Sejak 5 Tahun Lalu

Share

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan majlis peyerahan sumbangan zakat kepada asnaf dan fakir miskin di kawasan Kuang, dekat Sungai Buloh, pada Selasa, seawal jam 8.00 pagi.

Difahamkan, kira-kira 200 penerima sumbangan telah hadir bagi mengambil kerperluan harian dan wang tunai yg terdiri dari gologan asnaf dan fakir miskin.

Tidak ketingalan, sumbangan turut diagihkan kepada 22 pertubuhan badan kebajikan serta sekolah terpilih bertempat di Dpinang Laris dalam Sugeh Resort, milik Aliff Dyukri sendiri

Program yang dijalankan setiap tahun sejak lima tahun lalu ini turut dipermudahkan dengan kerjasama Zakat Selangor.

Aliff Syukri turut meluah rasa terharu dengan kehadiran insan memerlukan yang sekali gus memberi ruang buatnya untuk membantu golongan memerlukan agar dapat mengurangkan beban mereka dalam menyambut lebaran yang bakal tiba.

Pada masa sama, usahawan yang bakal melancarkan lagu rayanya tidak lama lagi ini juga turut berdoa agar misinya ini terus dapat direalisasikan pada tahun-tahun seterusnya.

Turut sama dalam program murni ini ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Terdahulu, Aliff menerusi Instagram sebelum ini turut sinonim dengan kerja-kerja amalnya meski ada yang memberi reaksi pesimis terhadap usahanya itu.

Foto: Aliff Syukri

IKLAN