[GAMBAR] Pertama Kali Mizz Nina & Heliza Helmi Rakam Foto Sama, Tok Ti Beri Respon Saling Memuji

Share

Aktivis kemanusian, Mizz Nina dan Heliza Helmi antara selebriti wanita yang sering ‘turun padang’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh lokasi bergolak dunia.

Lalu baru-baru ini, Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Azman ada berkongsi foto bersama Heliza, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5.

“Our very first pic together my humanitarian sista @nurhelizahelmi ! InshaAllah kita jumpa lagiiiii,” tulis Nina ringkas.

Menerusi gambar tersebut, Nina dan Heliza dilihat bergaya sopan mengenakan tema berwarna hitam-putih.

Malah, pelbagai komen ditinggalkan netizen yang memuji kecantikan kedua nereka, termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Heliza turut meninggalkan komen pada gambar tersebut.

Lalu, Nina telah memberikan respon.

Amboi, sejuk sahaja mata memandang keayuan dua wanita Muslimah ni,kan?

Foto : Instagram Mizz Nina

IKLAN